Saturday, June 23, 2012

ANA DAHLIA DAN CHEF RIZ NIKAH

ni bukan cite baru...tapi yg aku nak citenya aku suka sgt tgok baju , veil and make up nikah ana dahlia ni..sgt sempurna kan...jeles i...




tgok veil dia..ada bunga2...wah cantik giler kan...biasalah tempah mahal..veil nikah aku sewa aje..harga pun murah ye tak...huhu




make up pun simple tapi nampak manisnya



dari hujung rambut ke hujung kaki semua nampak sempurna....hmmmm













Diyana Mastura Jaafar, 28, atau lebih dikenali sebagai Ana Dahlia kini sah bergelar isteri kepada Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan, tepat jam 12.20 tengah pada 11.12.11, di kediaman pengantin perempuan, Kg.Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.





wedding check list 24/6

majlis pernikahan + persandingan + majlis khatam al quran

-khemah :booked
-2 pelamin+bilik tidur+makan beradap :payment settled
-baju akad nikah (perempuan) :payment settled
-tudung akad nikah :pending
-baju malayu :done
-samping :done
-songkok :done
-baju bersanding (perempuan) :payment settled
-kemeja + seluar slack :done
-kot :done
-baju khatam quran :pending
-al quran :pending
-tudung khatam quran :pending
-make up 2x : payment settled
-phorographer :payment settled

barang hantaran lelaki

-kasut :done
-telekung :done
-sireh :pending
-gelang :done
-baju pasang :done
-coklat :pending
-minyak wangi:done

barang hantaran perempuan

-cincin :done
-wallet+tali pinggang :done
-sireh :pending
-winyak wangi :done
-al quran :pending
-kek :pending
-coklat :pending
-tuala :pending
-kasut:pending

door gift

-paper bag :booked -deposit
-yassin :done
-kalendar mini :done
-saiman/bepan: pending
-jelly/ coklat :pending

Thursday, June 21, 2012

SITI FAZURINA IKHLAS BERTUDUNG





Tanggal 9 Jun yang lalu, genaplah usianya 30 tahun. Itulah detik pertama dia mengenakan tudung dan mohon kekuatan hati agar tidak berpaling semula kepada imej lamanya yang boleh diandaikan seksi suatu ketika itu



“Genap seminggu saya bertudung hari ini dan keputusan ini diambil bersempena ulang tahun kelahiran yang 30 tahun pada 9 Jun lalu. Ia lahir dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas. Sesetengah orang didatangkan seru ketika sedang menderita sakit atau tatkala gangguan mimpi yang dahsyat.



“Sebaliknya untuk saya, alhamdulillah hidayah itu hadir dalam keadaan baik, ketika masih sihat serta kerjaya juga stabil. Kalau ikutkan, saya memasang niat untuk bertudung sudah lama tetapi asyik tertangguh.



“Begitu cantik aturan Yang Maha Esa dan rahmat yang diberi oleh-Nya pada saat perubahan yang mahu saya lakukan. Selepas ini, saya hanya menerima tawaran yang membenarkan saya bertudung saja dan mohon ditetapkan hati agar tidak membuka aurat lagi,” katanya yang semakin manis.



“Saya rasa bertuah kerana setiap apa yang saya hajatkan pasti dimakbulkan. Misalnya, saya berdoa untuk mempunyai karier lakonan yang baik supaya dapat memiliki kereta dan rumah sendiri, Tuhan sudah memakbulkan permintaan saya itu.



“Jadi, saya terfikir kenapa saya tidak memilih jalan yang diredhai dan membuat perubahan yang baik untuk-Nya. Lagipun, saya bukannya muda lagi sudah masuk 30 tahun pun,” ujarnya lagi.



sumber: harian metro

Tuesday, June 19, 2012

mimpi mayat

huhu..minggu lps aku ada cite kat korang aku mimpi mengandung kan..mimpi mengandung kemungkinan dpt rezeki yg tak terduga...3 hari aku mimpi, kwn yg berhutang dgn aku pulangkan balik duit rm600...alhamdulillah...bulan ni aku sengkek mana nak kena byr kereta kat bengkel mana nak kena byr hutang ..gaji pulak ciput je bln ni...tiba2 dpt rezeki bergolek..alhamdulillah...syukur...

ha..mlm tadi aku mimpi jumpa mayat plak..punya lah banyak mayat tu..aku mimpi aku nak balik rumah..tapi disbbkan air pantai kat kampung aku melimpah2 terpaksa aku naik perahu balik rumah( klu realiti mmg tak logik..hahaha). ok sambung..dlm perjalanan naik perahu kiri kanan aku punyalah banyak mayat2 terapung....takut gile wei...kussss semangat..pagi ni apa lagi google lah...tp ingat jgn percaya ye kwn2 ..kalau betul pun anggap sahaja kebetulan...

ni hasil dari google aku:

Mimpi melihat mayat = Akan mendapatkan suatu keberuntungan.( kalau brtul alhamdulilah)

Mimpi memakan mayat = Akan memperoleh keuntungan yang tidak terduga.

Mimpi menemui mayat = Akan mendapatkan rezeki yang luar biasa..( kalau brtul alhamdulilah)



tambahan:


Menurut Islam karangan Imam Muhammad Ibnu Sirin"
Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur (gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak bermula jam 1 pagi sehingga 4 pagi sebelum waktu subuh. Mimpi yang baik juga adalah mimpi semasa tidur sebentar sebelum masuk waktu zohor .(Sunnah Rasulullah S.A.W. yang menyarankan agar kita tidur sebentar sebelum masuk waktu solat zohor dipanggil qailulah)
Setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah S.W.T, kita perlu berserah kepada Qadak dan Qadar Allah S.W.T , kerana Dia saja yang Maha Mengetahui. Wassalam.


Monday, June 18, 2012

SITI FAZURINA KINI BERTUDUNG




alhamdulillah seorang lagi artis kita mengambil keputusan untuk berhijab. siti fazurina ,yag popular dengan drama dunia anita telah membuat keputusan bertudung selepas menyambut ulangtahun ke 30 .

DOORGIFT:KALENDAR MINI DAH SAMPAI



hohohoho..semalam dah terima kalendar yg ditempah 200pcs bulan lepas...simple jek tapi yg penting berguna untuk tetamu nanti kan...thanks to aja ....ari tu aku dah siapkan surah yasin 200 keping..skarang campur dengan kalendar mini..jd dah settle untuk door gift..yg tinggal nak hias paper bag aje sbb tak smpi lagi..
 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner