hai semua....
alhamdulillah seperti yg dijanjikan Yaa akan berkongsi momen2 indah sewaktu majlis akikah dan cukur jambul puteri tercinta pada 2/2/2014 yg lalu. majlis yg sederhana tp alhamdulillah begitu meriah dgn kedatangan jiran tetangga, sanak saudara dan kwn2. yg paling kelakar buaian yg dah dihias cantik tapi time majlis tetiba anak Yaa menjerit taknak baring.adooiii...sebelum majlis elok aje dia duk diam dlm buai tu. waktu time marhaban nak duk atas riba plak mcm tau2 je org ramai. akhirnya dri awal majlis sampai habis marhaban duk je atas ribu ibu.Zara..zara...buat penat je wan dan tokki buat buai cantik2.. ni lah gambar2 sepanjang majlis berlangsung. alhamdulillah selamat sudah...huhu..majlis yg last minute preparation...plan 2 minggu sblm majlis..haha