Saturday, July 14, 2012

Gambar Eksklusif Sekitar akad nikah FIQA GADIS MELAYU 2 & DATUK ZAINAL ABIDIN






























Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengakhiri zaman dudanya hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, kira-kira jam 10.30 , 13JULAI 2012..Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.



“Nur Syafiqa memiliki segala aspek yang saya perlukan dari seorang isteri: penyayang, bijak, menghormati orang tua, berjiwa besar, cantik dan mempunyai sifat keibuan terserlah.”Demikian pengakuan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman


Zainal Abidin yang menamatkan zaman dudanya selama dua tahun itu berkata, kisah cinta mereka berdua mula disulam dalam satu pertemuan tidak disengajakan di salah satu program dirasmikannya. Menurutnya, pertemuan kali pertama itu menyebabkan hatinya terpaut dengan keayuan Nur Syafiqa hingga memberanikannya untuk mendapatkan nombor telefon gadis kelahiran Parit Buntar itu.

“Sepanjang tempoh kami berkawan, hanya kiriman pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon sahaja yang menghubungkan kami berdua dan kami tidak pernah ‘berdating’ sehinggalah pertemuan kali pertama di rumah keluarga Nur Syafiqa.

“Justeru, boleh dikatakan hubungan cinta kami berdua disulam melalui cara tradisional dan kami tiada masalah memandangkan jadual waktu kerja kami berdua ketika itu memang padat dengan pelbagai aktiviti,” katanya.


Beliau yang mesra dipanggil Tok Non berkata, kesemua anaknya terutama anak bongsu amat rapat dengan Nur Syafiqa dan akan menelefon ‘buah hati’ baru mereka setiap malam sebelum tidur.


“Arwah isteri saya sebelum ini merupakan seorang berjiwa rakyat dan sentiasa membantu saya dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan saya percaya Nur Syafiqa mampu menyambung tugas sama di samping memberikan perhatian terhadap anak-anak saya,” katanya.


Sementara itu, Nur Syafiqa jelaskan sifat romantik dan ciri-ciri bapa mithali yang ada pada Zainal Abidin menyebabkan hatinya yakin beliau membuat pilihan tepat.


“Saya sentiasa percaya saya membuat keputusan tepat memilih Zainal Abidin sebagai suami dan ianya sama sekali tiada kaitan dengan harta kebendaan. “Saya sendiri mempunyai perancangan pada masa hadapan untuk meneruskan kerjaya pengacaraan secara sambilan di samping membantu suami dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.


Pasangan tersebut telah dinikahkan dengan mas kahwin senaskhah al-Quran dan sepersalinan solat dan wang tunai RM27,777. Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru. Sementara Siti Nur Syafiqa pula ialah anak sulung daripada lima beradik yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


sumber gambar dari :sayangkudinadania.blogspot.com & seribusatuadamhawa.blogspot.com

0 KORANG RASA MCM MN????:

 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner