Wednesday, December 25, 2013

gambar pernikahan anak rosyam nor ((12 Mei 2013 )

“Dari semalam sehinggalah tiba majlis ini, saya belum tidur lagi kerana nak pastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Saya nak pastikan apa yang dikehendaki itu direalisasikan malam ini.

“Saya nak tengok sendiri depan mata barulah rasa okay. Majlis ini pun terhasil kerana gabungan idea daripada semua pihak iaitu keluarga dan kawan-kawan. Kami bekerjasama melaksanakannya.

Menurutnya, peranca­ngan untuk majlis ini sudah dirancang sejak Oktober lalu selepas pasangan mempelai bertunang. Ia dilakukan sedikit demi sedikit sehinggalah berlangsungnya majlis ini.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sekarang hanya tinggal majlis menyambut menantu sebelah keluarga Hafiz dan kenduri sebelah saya untuk meraikan keluarga dan orang kampung di Kampung Kerinchi pada 9 Jun nanti.

“Dulu saya kahwin pada usia 22 tahun dan sekarang anak saya kahwin pada usia 23 tahun. Saya tak menghalang kerana ada empat perkara yang sudah jelas tertulis dalam hidup kita iaitu hidup, mati, rezeki dan jodoh pertemuan yang sudah ditentukan Allah.

“Ini perkara yang setiap kita tak boleh elak. Memang mulanya saya agak susah nak terima kenyataan untuk melepaskan dia. Saya tengok anak saya masih kecil dan rasa dia masih muda.

“Saya tanya dia kenapa tak melalui dulu zaman remaja. Tapi apabila dia tetap dengan keputusannya untuk berkahwin, saya izinkan juga. Lagipun dia sudah tamat belajar di sebuah kolej swasta,” katanya yang mahu pasangan ini berdikari dalam hidup mereka.












Tuesday, December 24, 2013

RESEPSI PERTAMA FIZO & MAWAR MERIAH DI PULAU PINANG

Gambar resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang diadakan di Butik Fareeda di Pulau Pinang pada hari Ahad 22 Disember lalu..cantiknya mawar ni kan..tak jemu mata memandang..untungla abg fizo omar kite..











Alhamdulillah..isteri aaron aziz pun dah bertudung

Buka je facebook...tgok2 aaron aziz update status dia "Alhamdulillah. Sungguh manis isteri ku.." sambil upload gambar isteri tersayang...terbaca juga ari ni banyak artikel kat blog pasal komen Aaron Aziz bila isteri bertudung...tp xde plak ditunjuk gambar terbaru...alih2 buka fb...nampak lah gambar terbaru ni...

"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan. 

"Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," ujar Aaron dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam. 

"Saya mengetahui niat isteri saya untuk berhijab sudah lama, namun belum benar-benar bersedia untuk keputusan tersebut. Saya juga mahu anak-anak mengikuti perubahan tersebut demi kebaikan keluarga dan kalau boleh tidak mahu mereka pakai terlalu seksi atau singkat. 

"Dahulu kalau saya tegur, mereka akan mempersoalkannya. Kali ini... biar anak-anak ikut seperti ibu mereka," tambahnya bersungguh. 

erdahulu, Diyana memberitahu bahawa tindakan mengenakan selendang di kepala ketika berada di pesawat dalam perjalanan pulang dari Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk terus bertudung. 

"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," katanya. 

lisdawati kini bertudung

alhamdulillah...sorang lagi artis kita bertudung..suka sgt tgok imej lisdawati skrang...comel sgt2...tp kite doakan xdelah dia kejap buka kejap pakai tudung dia...amin.....

“Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai faham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima tawaran kerana itu adalah mata pencarian saya untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.”
“Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh.”



FIFFY NATASHA BERTUNANG

Tahniah kepada pelokon remaja comel Fiffy Natasha dan pasangan. Fiffy telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu seorang juruterbang MAS bernama Muslim Azman. 


"Saya mula mengenali Muslim Azman yang bertugas sebagai juruterbang MAS sejak setahun yang lalu dan lantas mengambil keputusan untuk terus bertunang. 

"InsyaAllah kami merancang untuk berkahwin dalam dua tahun lagi tetapi tengoklah keadaan juga. Jika okay dan semuanya sudah bersedia, semuanya akan dipercepatkan," ujarnya dipetik sebagai berkata 


"Kami juga mengundang lebih kurang 200 orang tetamu untuk majlis pertunangan ini. Apa pun, doakan yang terbaik buat saya dan Muslim dan semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin," katanya. 

Tambah Fiffy lagi, mereka mula berkenalan apabila Muslim mula menyapanya di laman Twitter. Sejak itu, persahabatan mereka bertambah erat sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk bertunang. 



 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner