Friday, April 20, 2012

my wedding check list

semalam keluar dengan en tunang beli barang untuk hantaran dengan cenderahati..
tapi aku rasa separuh duit yg plan utk beli barang2 dah abiskan untuk beli barang yang xde dalam list...hahahaha...bila en tunang aku minta list aku ckp takde..(en tunang pandang dengan penuh makna..huhu)

ok..kat bawah senarai yang dah siap dibeli semalam dan yang dah ditempah awal bulan 2 ari tu

SEBELAH PEREMPUAN



  • pelamin



  • set bilik tidur



  • makan beradap



  • khemah



  • make up 2x



  • photographer



  • baju akad nikah



  • dress bersanding



  • surah yassin (150 buah) untuk tetamu

SEBELAH LELAKI



  • Baju melayu



  • samping



  • songkok ( 3 list je???? hahaha..sbb en tunang dah ajak balik)

dalam dilema







aku dlm dilema ni..sama ada nak teruskan atau tak..
sebelum ni aku ada gitau korang yg cenderahati aku nanti just nak letak dalam paper bag kan..ala yang mcm puan kham joe buat tu..mcm kat atas tu..


smlm aku dgn en tunang pergilah ke scrapbook memories studio dekat Tropicana City Mall..

shopping punya shopping habis lah jugak rm 170 untuk beli clear stamp,block handle dengan ink sahaja..




paper bag tak beli lagi sbb tak jumpa cari yg besar..sampai rumah aku cubalah seperti yg diajar org kedai tu..bila dah buat punyalah leceh..tu baru nak buat untuk satu paper bag..xcantik mcm puan kham joe buat..amat2 leceh..aku kononnya berlagak lah ngan en tunang aku..aku ckp aku nak buat sendiri xnak beli..baru puas hati..tapi bila aku cuba..aku xtau lah sama ada aku boleh siapkan untuk 150 keping,..hahaha..


aku pun gitaulah en tunang aku,,aku ckp mcm tak mampu je nak buat..en tunang aku cuma senyum je..senyum ada makna tu...huhu..


entahlah aku rasa nak beli jelah..yg dah siap..hehe (malu sendiri sbb berlagak)

Tuesday, April 17, 2012

KERETA KU DAH JADI BESI BURUK KERANA BENGKEL XGUNA

semalam aku gi proton subang jaya..sejak 2 januari 2012 kereta aku di hantar ke bengkel KE M************ sebuah bengkel yg dah menjahanamkan kereta aku..

ceritanya bermula pd 23/11..accident pertama aku bw kere aku yg baru dibeli pada bulan 8 2011..satu bulan antar baru siap..bawa balik kereta tapi mcm2 problem..antar balik seminggu kemudian baru dpt..tapi still ada masalah bunyi2...ini ke service untuk harga rm4XXX seperti yg tertera dlm surat yg dihantar pihak insurans????oh my god,,alasan dia sport rim xsesuai sbb tu bunyi..

-3hari sblm raya cina bawa kereta pergi proton puchong..disebabkan kondisi yg masih ragu2 aku minta proton service dan check balik apa masalah sbb kete masih still bunyi bila tekan brek..bila proton baiki dia kata ada tempat yg longgar tapi dah ok.. dl ms yg sama proton punya pekerja check and dia bgtau byk brg2 original dlm enjin yg dh ditukar local.OH MY GOD!!!!!

disebabkan bengkel KE M****** pun dah tutup dan aku pun dah nak balik kampung..jadi aku buat keputusan untuk serang bengkel to selepas balik raya cina..ketika sampai rumah aku lebih kurang 11mlm..time nak belok ke kanan( nak masuk rmh aku) tiba2 dtg motor langgar pintu kanan penumpang dan kesannya pintu kemek( kemek shaja ok ) esok nya kereta aku jalan mcm biasa sbb nk gi buat laporan kat balai polis..pastu 2 hari kereta tak gerak sbb takde mood nak kuar sbb kereta dah buruk balik..

25/1 balik kl..sampai kat temerloh time masuk R&R kereta aku tiba2 mati..takde bg signal apa2...kereta berasap..towing ke proton temerloh..proton temerloh check dan gitau..byk brg2 local dlm kereta aku,timing belt tercabut..senang cite berlaku komplikasi dlm enjin dsbbkan kerja jahat org KE M************...proton tak dpt nak baiki sbb brg2 dah local even still under warrnty..tunang aku terus kol bengkel and minta bengkel amik kereta dari temerloh balik puchong..time tu dah kul 6.30pm..kitaorg balik kl naik kereta lain..

pagi esok terima panggilan dari bengkel kareta dah dekat puchong..2 hari berikutnya bengkel kol and maklumkan brg2 yg ditukar dah diganti dgn original balik..dia ckp" u punya kete i dah tukar ori balik...tp u punya kereta masih tak mau idup..so u dtg amik kereta u balik" seperti yg diberitahu oleh tunang aku..aku terus ko insurans...aku complain pasal bengkel ni...dlm ms yg sama tunang aku pergi bengkel keesokannya..org bengkel cuba menyalahkan kami..konon kami tak check..xtukar minyak itam sblum balik kg..dia ingat kami bodoh..kami ada resit pergi ke proton...

sekarang dah 18/4...boleh tak kwn2 imagine..i dah penat kol insurans.jwpnnya masih siasat..bulan lps i kol bgtau nak amik kereta and bw sendiri pergi proton..i takleh tahan dah.,.kereta i dah mcm besi buruk dekat bengkel...2 weeks ago i kol insurans and then diorg gitau kereta dah dihantar ke proton subang..i pernah menangis berckp dgn manager mr wong..dia pun bodoh(sorry sbb guna perkataan ni)..kena rasuk dengan bengkel..dia seolah2 menyalahkan aku dan percaya cite temberang bengkel...its ok..doa org teraniaya dimakbulkan Allah..aku yakin..

semalm aku kol minta alamat proton subang..cari punya cari jumpa kereta aku..nak menangis..dah mcm besi burok..pakai 3 bulan..duduk bengkel 4 bulan..proton ckp mmg lsung xleh idup..tahap teruk..2 weeks ago kol insuran ckp dioarg antar kat proton tp proton ckp just terima kereta aku last week..bleh kwn2 imagine x...

proton ckp..cerita yg aku sampaikan langsung berbeza dengan bengkel punya org...tapi cerita aku dgn adjuster hampir sama.,aku xtau nak ckp apa..proton minta aku tunggu report dari diorg..

sekarang ni aku xtau apa perlu aku lakukan..aku ada dgr aku boleh pergi dekat insurans and minta borang loss of usage...btul ke??? aku xtau sgt..kwn2 tau kereta aku dah mcm besi buruk..sgt sedih..bln2 byr 700..tp 4 bln xdpt pakai...tolong sy kwn2..apa perlu sy buat???? tolong bagi cadangan jika ada kwn2 yg senasib dgn saya...sy mahukan hak saya sebgai pengguna sahaja...sy xnak org lain terima nasib yg sama..

ada sape2 leh tolong terangkan x apa perlu sy buat???

lawak:pertandingan orang paling pengotor

Setiap tahun di sebuah negara akan diadakan sebuah pertandingan yang diberi nama 'Pertandingan Pengotor' dimana untuk mencari siapakah juara yang paling pengotor.

Dipendekkan cerita, naiklah peserta pertama ke atas pentas kemudian dengan selambanya muntah dengan begitu banyak sekali di atas pentas. Habis keluar warna merah, hijau apa semua. Hadirin yang melihat ada yang tidak dapat menahan rasa mual lalu terus muntah juga! Hebat betul.Kemudian naik pula peserta kedua di atas pentas tersebut.

Peserta kedua juga melakukan perkara yang sama seperti peserta pertama dimana dia memuntahkan segala isi yang ada dalam perutnya keluar. Kali ni bersama muntah itu ada warna hijau, kuning, biru apa semua. Hadirin yang tidak dapat menahan rasa loya lebih ramai berbanding peserta pertama.

Dan tibalah kepada peserta ketiga yang juga peserta terakhir. Peserta ketiga naik ke pentas dan tidak melakukan seperti dua peserta sebelum ini lakukan. Tetapi sebaliknya dia mengeluarkan sebatang straw penyedut minuman. Lalu dengan selambanya dia menyedut muntah kedua peserta sebelumnya!

cerita lawak:skandal

Suatu hari sedang Johan bermain-main di taman permainan berhampiran rumahnya, dia terlihat kereta ayahnya dipandu ke arah hutan berhampiran dengan rumahnya. Akibat terdetik perasaan ingin tahu, Johan terus menuju ke arah dimana dia melihat kereta ayahnya sebentar tadi.Tiba disana dia melihat ayahnya sedang bermesra dengan seorang wanita yang juga jiranya. Teruja dengan apa yang dilihatnya, Johan cepat-cepat berlari ke rumah untuk memberi tahu kepada ibunya.

"Ibu! Ibu! tadi Johan nampak ayah pandu kereta ke arah hutan sana dengan makcik Jenab. Mereka bermesra-mesra selepas itu ayah menurunkan tempat duduk makcik Jenab dan ......"

"Cukup Johan! kamu simpan cerita kamu itu hingga tiba makan malam. Ibu nak tengok macam mana reaksi wajah ayah kamu apabila mendengar cerita kamu itu"

Tiba masa makan malam, si ibu meminta supaya Johan menceritakan apa yang dilihatnya siang tadi. Johan bercerita sama seperti yang diceritakan kepada ibunya sebelum ini hinggalah...

"Ayah dan Makcik Jenab bermesra-mesra selepas itu ayah menurunkan tempat duduk makcik Jenab dan ayah lakukan perkara yang sama macam ibu buat dengan pakcik Husin ketika ayah tiada di rumah dulu!"

Monday, April 16, 2012

murtad kerana cinta pada lelaki kristian

cerita ni aku xpasti sama ada benar atau sekadar sebuah cerita..kisah ni dipinjam dari sebuah blog..aku lupa blog apa..aku cuma nk share ngan kwn2 je mudah2an memberi pengajaran kepada kita semua..

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahuresah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujudpanjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan.Emosiku terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macammana?" tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abangnak.....adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Diagembira.Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku.Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan segala-galanya. "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman.

Lalu hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan akudengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.

Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih.Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yangmenaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.

Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda. Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua.Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin.

Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.

Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaanmembanggakan.Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.

Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengankeadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyummendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku.

Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa. Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepadaKristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi,Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu.

Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu

Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya.

Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau.Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskankepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapuralagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamarsederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak.

Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar.Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu?Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam.....pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amanamembawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat.

Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik.Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yangmenyimpulkan,Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkanmengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh matalelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salibdibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat didadanya.Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang.

Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya.Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?.

Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur.Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!".

Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika.Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.

Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamikumeronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannyadigari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kaupilih,teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!,"

Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihatsekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar.Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah!Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentiment perkauman juga keagamaan.

Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan.Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagipada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh disudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!

PETUA CINTA KAMI BERTAHAN LAMA

percintaan aku hampir mencecah 7 tahun lamanya...ramai yg bertanya..apa rahsia cinta kami bertahan lama..tak bosan ke?? hmm..soalan yg biasa didengar dan agak sinis bagi aku..

kami mcm pasangan lain jugak..ada pasang surutnya..tapi aku nak berkongsi ngan kwn2 semua bukan susah nak menjaga hubungan bertahan lama...

rahsia pertama: pilihlah orang yang mencintai kamu
-knp aku ckp mcm tu...sbb dulu aku pernah suka kan seseorang tapi xsemestinya org yg kita suka berfikiran sama dengan kita....dlm ms yang sama bkn senang kita nak terima org dlm masa yg sama kita mharapkan utk bersama org lain..betul tak..tapi aku buat keputusan untuk cuba menerima tunang aku sekarang..sbb aku yakin menerima cinta dari org yang mencintai kita akan lebih bahagia....dan sekarang terbukti mmg aku sgt2 bahagia..kalau aku tau time dia ajak aku couple terus je aku setuju...hahahha(ayat poyo)

rahsia kedua: kepercayaan
-inilah antara yg paling penting..klu xde benda ni mmg tak mampu nk teruskn perhubungan..aku letakkan 90% kepercayaan kat dia..kalau dia pergi keje jgn sibuk2 kol dan tanya mcm2..kol bila ada perkara penting sj...sbb tunang aku ni..kalau dia tgh keje mmg tak suka diganggu..kalau dia tak angkat tu maknya tgh buat keje lah tu..klu dia angkat maknanya tgh xde keje..jadi klu dia tak angkat hantar sms cukup...nanti kalau dia ada waktu mesti dia akan kol balik..itu pun klu benda yg aku tulis tu penting lah..haha.....yelah contoh aku sndiri pun bila time wat keje org ajak msg pun aku mls..lagi2 bos kat depan mata.... jgnlah fikir bkn2 ..k

rahsia ketiga: kena hormat hobi masing2
kalau bf kita tu suka memancing ke..suka main bola ke..jgnlah kita halang..cuba dia halang hobi kita..rasa nk marah tak???marah kan..sbb benda yg kita suka buat xleh buat..btul tak?? klu ada masa join skali hobi dia..klu dia g mancing ke, futsal ke..apa2 jelah korang ikutlah..mcm aku, tunang aku suka main snuker dan main internet game..klu ada ms ikut skali..xnak join pun duk je kat tepi..dlm masa yg sm boleh mengeratkan hubungan tau...

rahsia keempat: give and take
-ok, dlm hubungan ni kena ada tolak ansur..jgn pentingkan diri sendiri..kena ada pemberian dan penerimaan...

rahsia keempat:berterus terang
-ini yg kami amalkan sejak mula2 bercinta..kalau ada yg tak puas hati ..tolonglah ckp..takde makna nk jaga hati apa sume..apa guna klu kita pendam persaan sbb perasaan tak puas hati pada psgn ni lama2 akan jd barah dlm perhubungan..berterus terangla supaya kedua2 pihak boleh memperbaiki kelemahan masing2...

rahsia kelima: kejujuran
-ini yg aku nak tekankan...tolong berlaku jujur pada pasangan..jgn membuat perkara yg membuatkan pasangan kita berasa dianiaya..jarakkan hubungan anda dengan kawan berlainan jantina..berkawan boleh tapi jgn buat pasangan kita cemburu..kalau boleh jagalah hub anda dgn rakan sekerja berlainan jantina yg boleh mengundang kecelakaan dlm hubungan anda..sbb kita ni manusia..ada sifat cemburu..jujur lah dgn pasangan,,jgn byk sgt menipu..menipu sunat tu boleh tapi sket2 je k..heheheh

rahsia keenam:kemaaafan yg terindah
-jgn kedekut untuk memaafkan pasangan..lagi2 kesalahan sgt kecil..sepanjang kami bercinta merajuk tu hanya kurang dari setengah jam..salah seorang kami akn beralah..sbb bagi aku sgt2 rugi kalau org yg suka merajuk ni..mcm aku klu merajuk tak lama..sbb nanti kena tinggal.hehehe...jgn malu untuk meminta maaf jika betul kesilapan tu dari pihak kita..dan jgn ego untuk memberi maaf jika kesalahan dari pasangan kita...

mcm mn kwn2?? itu antara rahsialah..klu nk bgtau semua 10pages pun xckup...apa pulak rahsia kwn2? jgn malu untuk berkongsi..

Sunday, April 15, 2012

Majlis Pernikahan Natasha Hudson








Natasha hudson sah menjadi isteri kepada carleed khaza (nama komersial khalid kamal) dengan sekali lafaz tepat jam 11.50 pagi tadi




DIA TUNANGKU...







tak sangka dah dah hampir 7 tahun aku bersama abg...sedih..suka..pahit ..manis dlm bcinta dh kami lalui..ramai yg mempersoalkan knp dia jadi pilihan...ramai bertanya knp aku sanggup tunggu lama untuk dia sunting aku sebagai isteri..ramai yang cuba mhasut..tapi yg aku tahu..cinta aku hanya untuk abg... lagipun ini lah yg dinamakan ajal jodoh,pertemuan dah ditetapkan Tuhan..kita cuma merancang tapi Allah menentukan

Luaran abg nampak keras hati ..panas baran..kurang sabar..tetapi sebenarnya dia seorang yang sangat penyayang.sgt..sgt..penyayang... abg pernah beritahu,abg tidak pernah sayang orang lain macam dia sayang aku. Dia banyak berkorban dan letakkan aku sebagai keutamaan dalam hidupnya. setiap kali mengenangkan pengorbanan abg buat aku sebak..aku nak bagitau yg aku bertuah..dan aku ckup bahagia dgn abg...

sebab membuatkannya jatuh hati dengan abg kerana kesabaran serta kesungguhan abg cuba menawan hati aku selama 2 tahun sblum kami bercinta..aku tak kejam..cuma mahu menguji sejauh mana keikhlasan abg mahukan aku..sikap kami cukup bertentangan.kalau aku seorang yang menepati masa tapi dia tidak...kalau aku suka makanan kampung dia lebih suka memilih mcd dan kfc setiap kali kami keluar dating...kalau wayang pilihan dia action movie aku lebih suka filem hantu dan komedi..hahaha..tapi mcm mn kami boleh bersama selama 7 tahun??pelik kan...

kami ibarat ‘yin dan yang’ di mana kami saling melengkapi. abang ada segala-galanya yang aku mahu. walaupun abg bukan berharta tapi abg kaya dgn kasih syg..Bersama abg , aku rasa sangat selamat. kadang2 org selalu salah faham yg abg mengongkong hidup aku..mula2 mmg aku rasa begitu..setiap kali aku minta izin keluar dgn kwn2..abg akan izinkan jika aku mematuhi syarat2nya..wlu ke mana destinasi aku, aku mesti update dgn abg..abg kena tau siapa kwn2 bersama aku..klu boleh abg akan hantarkan..mula2 aku memberontak..sbb aku perlukan sedikit kebebasan..tapi akhirnya bila abg pernah ckp..."abg takut kalau jadi ape2 kat ayang..abang takut kehilangan ayang..abang takut ayang tinggalkan abg..."....baru aku sedar xkan ada org yg boleh syg aku mcm abg..

Bagi aku, takdir kami sangat manis. Meskipun ambil masa yang lama untuk aku jatuh cinta , tapi pengakhiran cerita aku sangat bahagia. walaupun dia bukan lelaki pertama yang hadir dalam hidup aku tapi dengn izinNya dia lah akan jadi lelaki terakhir...amin..

kehadiran abg juga banyak mengubah gaya hidup aku. Jika sebelum ini aku selesa melakukan semua perkara tanpa kehadiran lelaki di sisi, namun sejak adanya abg, segala urusan seharian akan dilakukan bersama-sama. Ini kerana abg mahu bertemu aku setiap hari walaupun waktu yg masih terluang dah larut malam.. kecuali salah seorang daripada kami berada di luar Kuala Lumpur. abang seorang yg sgt2 sensitif..sentiasa mahu aku menemaninya dalam kebanyakan urusan hidup termasuklah membayar bil, cuci kereta, atau hanya sekadar nak tukar tayar motor kat bengkel..Mula-mula kekok juga tetapi lama kelamaan aku faham dan mula mengikut cara abg. sbb abg ckp dia nak sentiasa bersama dgn aku..klu org dgr mkin meluat tapi itulah abg...Dari situ aku tahu abg sangat sayangkan aku dan mahu aku selalu ada di sisi.....

"abang...ayang syg sgt2 kat abang..tak terucap dgn kata2...insyallah kurang 3 bulan dari sekarang...ayang akan jadi milik abang...i love u so much syg....moga abg sentiasa dilindungi,sihat dan murah rezeki..tapi kita masih perlu beringat..usaha dan bertawakal..sbb sekuat mana kita merancang, sejauh mana tempoh percintaan..sedalam mana rasa cinta..kalau Allah mengatakan kita xdpt bersama..kita mesti redha...tapi ingat kalau Allah izinkan pasti kita akan bersama selamanya...Ya Allah, Kau lindungi percintaan kami..kau jauhkan kami dari gangguan org berhasad dengki..kau murahkanlah rezeki kami..jika setakat ini jodoh kami..Kau kuatkan lah hati kami untuk REDHA dgn dugaanmu Ya Allah.. "amin
 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner