Suatu hari sedang Johan bermain-main di taman permainan berhampiran rumahnya, dia terlihat kereta ayahnya dipandu ke arah hutan berhampiran dengan rumahnya. Akibat terdetik perasaan ingin tahu, Johan terus menuju ke arah dimana dia melihat kereta ayahnya sebentar tadi.Tiba disana dia melihat ayahnya sedang bermesra dengan seorang wanita yang juga jiranya. Teruja dengan apa yang dilihatnya, Johan cepat-cepat berlari ke rumah untuk memberi tahu kepada ibunya.
"Ibu! Ibu! tadi Johan nampak ayah pandu kereta ke arah hutan sana dengan makcik Jenab. Mereka bermesra-mesra selepas itu ayah menurunkan tempat duduk makcik Jenab dan ......"
"Cukup Johan! kamu simpan cerita kamu itu hingga tiba makan malam. Ibu nak tengok macam mana reaksi wajah ayah kamu apabila mendengar cerita kamu itu"
Tiba masa makan malam, si ibu meminta supaya Johan menceritakan apa yang dilihatnya siang tadi. Johan bercerita sama seperti yang diceritakan kepada ibunya sebelum ini hinggalah...
"Ayah dan Makcik Jenab bermesra-mesra selepas itu ayah menurunkan tempat duduk makcik Jenab dan ayah lakukan perkara yang sama macam ibu buat dengan pakcik Husin ketika ayah tiada di rumah dulu!"
0 KORANG RASA MCM MN????:
Post a Comment