Saturday, July 28, 2012

TANYA USTAZ:BERKONGSI MAS KAHWIN

Soalan:


assalamualaikum ustaz...


ustaz, saya ingin bertanyakan satu soalan berkaitan mas kahwin...dibeberapa negeri yang tidak ditetapkan nilai mas kahwin (terengganu dan kelantan), duit hantaran (yang jumlahnya ribuan ringgit) selalunya dijadikan mas kahwin. sekiranya duit untuk dijadikan mas kahwin tersebut dikongsi antara bakal pasangan suami isteri tersebut untuk mencukupkan jumlahnya, apakah hukumnya?..adakah sah pernikahan tersebut?

Jawapan :
Perkahwinan itu sah. Mas kahwin adalah hak isteri apabila sempurna akad. Jika mas kahwin itu dikongsi bersama, maka yang datang dari bakal isteri itu boleh dianggap sebagai hibah dari beliau atau boleh juga dianggap sebagai hutangnya kepada bakal suaminya. Jadi, ia bergantung kepada niat dan persetujuan bersama. Apa-apa pun yang membabitkan maskahwin ia tidak akan menjejaskan perkahwinan jika akad perkahwinan dilaksanakan dengan memenuhi rukun dan syarat-syaratnya.

Maskahwin bukanlah menjadi rukun dan syarat sahnya suatu perkahwinan, akan tetapi ia adalah kesan dari akad. Apabila sempurna akad, maka otomatik maskahwin menjadi milik isteri dan dikira hutang yang tertanggung atas suami. Jika telah ditentukan jumlahnya di dalam akad, maka jumlah itulah yang menjadi hak isteri. Jika tidak ditentukan di dalam akad, maka ia hendaklah dirujuk kepada mahar (maskahwin) misil.Wallahu a'lam.

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

KELUARGA BAHAGIA USTAZ AZHAR IDRUS


Ustaz Azhar Idrus mempunyai 6 orang anak dengan isterinya yang pertama, manakala seorang anak dengan isteri yang kedua. Untuk makluman korang juga, Ustaz azhar Idrus bakal menimbang cahaya mata yang ke-8 ( kiranya anak yang kedua dengan isterinya yang no.2. ) pada penghujung bulan ogos nanti.Kedua-dua isteri Ustaz ada facebook.







Untuk makluman korang semua, kedua-dua isteri UIA memakai niqab (rujuk gambar di atas) . Isteri pertama bernama Rogayah Binti sulong (gambar sebelah kiri) berumur 42 tahun. Manakala isteri kedua bernama Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor (gambar sebelah kanan) berusia 26 tahun.





Bagi yang nak mengenali isteri ustaz dengan lebih dekat lagi boleh la search FB keduanya iaitu FB Rogayah sulong dan FB Nisya Wan



CREDIT TO IDAH SALAM

Ryan Ziqry Anak ZED ZAIDI

Tahniah kepada Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, dan isterinya Natalia Mustafa Kamal, 29, atas kelahiran anak mereka. Baby tersebut yang diberi nama Ryan Ziqry lahir dengan berat 4.32 kilogram menerusi pembedahan.

Menurut Zed, jika mengikut kata isterinya, dia ingin bersalin secara normal namun atas nasihat doktor pembedahan terpaksa dilakukan kerana saiz bayi agar besar. Namun begitu, beliau tetap bersyukur kerana semuanya telah selamat tanpa sebarang masalah.

"Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Bagaimanapun saya bersyukur keadaan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi selamat," ujar Zed kepada media.

credit to myartis


SHILA HAMZAH BERTUDUNG DI BULAN RAMADHAN

sempena bulan ramadhan kali ini, shila hamzah mengambil pendekatan untuk memakai tudung,
sgt manis wajahnya bila memakai tudung kan. apa yg diharapkan pemakaian tudung shila bukan shj di bulan ramadhan tp hrp2 diteruskan dan kekal..


shila hamzah dan sharnaaz ahmad





























credit to myartis

Monday, July 23, 2012

PULUT KUNING GANTI KEK

maaf to all of u..sbb akhir2 ni cite psl bab kawen aje..hahaha..bukan apa dlm fikiran ni dh xde benda lain dh leh fikir skrg ni..selagi aku tak sah jadi bini org selagi tulah xabis cite psl kawen ni..aku sgt pening memikirkan semua ni..

skrg ni dlm dilema lagi..mak cik aku tak nak potong kek tapi nak ganti dengan pulut kuning...
i dont know wether that is a good idea or not..eh eh..ckp omputih plak..

bila majlis pun berkongsi..toleransi tu amat penting..honestly aku suka kalau ada kek perkahwinan..sbb bila bercerita je psl kawen mesti sinonim dgn kek..

ms zaman budak2 dulu..kalau gi majlis kahwin mesti tunggu pengantin potong kek...hehe....
bagi aku kek dan pengantin tak dpt dipisahkan...

ni tgh cari idea mcm mn nk hias pulut kuning nanti...sbb nanti kaum kerabat yg akan buat...sbb mak aku mmg terror wat pulut kuning tpi tang hias tu entah apa jadi..aku pasrah...mood:risau.....








 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner