"Sejujurnya, kalau boleh saya tidak mahu menghebohkan tentang pertunangan saya. Cukuplah sekadar kami sekeluarga tahu tentang majlis tersebut. Saya mahu ia berjalan dengan tenang dan apabila tiba waktu ingin bernikah kelak, barulah saya akan mengumumkannya. Ini kerana pada pandangan saya, ia hanya dalam peringkat bertunang.
Bagi saya juga, bercinta dan bertunang bukan sesuatu perkara yang perlu dihebohkan. Kita manusia yang hanya mampu merancang, dan yang menentukan kelak ialah Allah SWT. Memang dari awal lagi saya tidak mahu hebohkan. Ramai juga yang bertanya, namun saya tidak mahu banyak komen. Alhamdulillah, ramai yang faham akan keadaan tersebut dan memberi kata-kata positif kepada saya."-diana amir