Monday, December 9, 2013

pengalaman bersalin induce di hospital serdang-part1

alhamdulillah baru hari ni berkesempatan nk share ngan korang....17 september yg lalu aku selamat melahirkan seorang puteri diberi nama ZARA AMANDA yg bermaksud puteri disayangi.ari ni aku nk kongsi pengalaman bersalin dhospital serdang.knp hospital kerajaan  jd pilihan??? hmm sbb aku memilih hospital kerajaan kerana:

  1. aku dan suami dari org2 yg berpendapatan sederhana (duit lbih bleh la nk duk swasta kan). 
  2. makcik aku nurse dia kata bersalinla di hospital kerajaan kerana brg2 yg sudah dipakai ketika menyambut bayi  takkan dipakai lg oleh pesakit seterusnya...xmcm hospital swasta klu wayar pun dia akan basuh dan repeat utk pesakit seterusnya. hospital kerajaan lg bersih la
  3. bg kami yg dari golongan sederhana ni nk pakai byk duit, jd watpe la nk buang duit kat hospital swasta.bg aku sakit sama je.
  4. aku pernah di refer kat sana krn dmm time pregnant 8 bln jd dah ada rekod
  5. sbb aku mls nak booking2, klu hospital kerajaan main redah aje
berbalik pada cite aku, sblm akan dihantar bersalin kat hospital serdang.aku mmg dah ada pengalaman warded kat sana 2 hari. hari raya pertama and hari raya kedua sbb aku dmm.so taulah mcm mn layanan diorg. ms aku warded time dmm tu aku ditempatkan di ward kelas 3. di mana ditempatkan 6 katil untuk pesakit dan 1  bilik air. bg aku sgt selesa walaupun kelas ke tiga. nurse nye pun baik2.

sbnrnya due data bersalin 23 september tapi kerana masalah tertentu aku diminta bersalin seminggu awal iaitu 16 september dgn cara induce. time tu laki aku yg excited katanya nak dpt anak malaysia.hahaha...kul 9.30am 16 sept aku pergi serah diri. pukul 10.30am aku diminta buat pemeriksaan  dan diminta tunggu nama dipanggil untuk dimasukkan ke wad. doc ckp mungkin tgh hari or esok pagi aku kena masuk ubat. ari tu ramai gila org nk bersalin.mkin senua nk anak 1 malaysia kot.hahaha

dari pagi kitaotrg tunggu sampai kul 7 ptg nama  pun dipanggil. nurse panggil aku dan 3 lagi yg lain yg sepatutnya kena induce ari yg sama. tup tup ingat boleh masuk wad tp last2 nurse bg tau...sampai ke 7pm wad kelas ke 3 masih penuh. kami diberi 2 plihan samaada pilih wad kelas kedua yg perlu bayar deposit rm300 atau tunggu sampai wad kosong. gilosssss. dari pg menunggu baru 7pm baru nk cite wad penuh...nasib baiklah mak aku yg dtg teman tu sihat lg.hmm..dah bincang2 laki aku pun dah pnt menunggu dia minta kelas ke2. kul 9.30 mlm aku selamat ditempatkan di wad kelas kedua.xde byk beza. cuma 1 bilik ada 1 bilik air, aircond dan  4 katil pesakit dan jauh dari nurse...hmm.xbest2...redha jelah...pas aku masuk  wad, aku minta suami, mak ngan adikku balik rehat kat rumah je. lagipun aku bukan sakit lagi. nurse ckp subuh esok baru masuk ubat.

esok kul 6.00 pgi nurse kejut minta aku pergi ke bilik rawatan. mmg btul la sakit wei bila kena seluk..argghh...nk je aku tendang doctor india perempuan tu.kasor bebenor. beza sgt ngan doctor laki melayu yg check jalan aku smlm tu...huh..lps masuk ubat, nurse suruh pergi balik kat katil wad dan baring setengah jam . xboleh bangun dan buang air takut ubat blum sebati. 

pukul 10 pagi dah rasa sakit pinggang macam nk period tp perut tak sakit. start sakit kul 12pm tp tak kerap.  dlm sejam sekali dia datang memulas. time tu aku xbaring sgt aku cuba berjalan.start  pukul 3 dah setengah jam sekali memulas. ya Allah sakitnya nak beranak...time tu teringat kat mak....sampai bergenang air mata menahan sakit wpun xnk nangis...haha..kul 4.30pm suami aku, mak mertua,adik and mak aku sampi. mak aku tegur muka aku dah mcm udang kena bakar...huhu...time tu dah sakit sgt.

time tu mak aku urut belakang aku..laki aku plak duk gelak2...sakitnya ati aku...dia ingat aku saja nk manja.dia wat lawak pun xde aku nk gelak nya...makin naik darah ada la...smpi mak mertua aku marah laki aku...sbb duk menyakat aku...mula2 mak aku urut..time tu 15 minutes 15minute datang memulas...panggil doktor dia check baru 3 cm pukul 5pm...ya allah punya lah sakit baru 3cm.....

laki aku plak sibuk suruh aku berjalan...jln cpt terbuka katanya...masalahnya aku ni nk jln pun dah xbleh...kejap2 gi tandas..kejap kejap g tandas...mls nk dgr laki aku duk bebel...aku ikut jelah dia pusing2 wad tu..tp xsmpi 10 minutes aku naik atas katil balik..aku ckp nk berak..nk kencing..mak aku ckp ko ni ngah mak tgok mcm nk beranak aje..kul 6.30 panggil nurse lg..sbb aku dah xthn dah...doc ckp 3cm...ya allah....lambatnya!!!!!!

kul 7.30pm waktu melawat dah abis...mak ngan laki aku ingat nk stay kat hospital tp dibbkn mak mertua aku ikut skali terpkasalah balik dulu antar mak mertua.tinggal aku duk menahan sakit sorang2.sedihnye.....
duk la aku menahan sakit sorang diri....TO BE CONTINUE.nanti kite sambung ekkk...JGN MARE EKK...nk breakfast jap..
 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner