Thursday, April 16, 2009

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.



2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.



3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.



4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.



5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itumenjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.




artikel dipetik dari tentang cinta.com

Keistimewaan Wanita


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
petikan dari alang:tentangcinta.com

Wednesday, April 15, 2009

pengapit time adik aku kawin


PERSANDINGAN ARNI NAZIRA

gambar ni aku amik dari fazrien photographer terengganu...gambar dia amik sume lawa-lawa..nanti kalau aku kawin aku nak dia amik gambar aku..berangan...hehe










JIKA KU TAK BANGUN ESOK PAGI


Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati dirimu amat kucintai
Andainya dihimpit kesusahan sujud dan mohon pada Tuhan

agar diberikan bimbingn meniti hidup bersendirian
Bila terasa sejuk

pejamkan mata bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu

pejamkan mata kita bersua dalam lena
Klu ada yg sudi menggganti

sayang lepaskanlah ku pergi
Kenang sayang teristimewamu
berhak untuk dicinta dalam hidup..
Syg, tiada apa yg kekal dalam dunia ini
Namun yang pasti jika kutiada nanti
Cintaku kan kekal abadi
Kuberharap kau takkan lupa mengiringkan bekalan doa
Kita jumpa lagi disana nanti
Jika ku tak bangun esok pagi



Tuesday, April 14, 2009

20 PERKARA YANG MEMBUATKAN WANITA MEMBENCI LELAKI


1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONGI

tu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOKI
ni satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

gambar ni amik time kursus protokol kat hotel universiti ari tu...

yagg ni kwn aku...budak pj

Ni maksu mah aku..kitaorg sama baya...tua makcik aku sebulan je...kitaorg ni rapat..ala2 kembar..yelah dari kecik sama2...

KENALI PESONALITI LELAKI

Aries (21 Mac - 20 April)
Orang Nya:
Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)

Tips utk memikat:
Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.

WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.

Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orang nya:
Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai berkata-kata.

Tips utk memikat:
Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

WARNING:
Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.

Virgo (24 Ogos - 23 September)
Orang nya:
Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.

Tips utk memikat:
Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng.. kuat merajuk)

WARNING:
Bila pergi dating, jangan pakai yang ter “over welming”.. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

Libra ( 24 September - 23 Oktober)
Orang nya:
Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan `last minute`. Seringkala kontrol diri depan perempuan.

Tips utk memikat:
Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself.

WARNING:
So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.

Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)
Orang nya:
Action serius, mudah cemburu, mood swing..

Tips utk memikat:
Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dengan orang lain.

WARNING:
Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio…(jangan kata tak kasi warning)

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)
Orang nya:
Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)

Tips utk memikat:
Jangan pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas.

WARNING:
TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi…

Sagitarius ( 23 November - 21 December)
Orang nya:
Fu.. yoh.. siapa dapat memang untung… Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous.

Tips utk memikat:
Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosan kan…

WARNING:
Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’.

Capricon ( 22 December - 20 Januari)
Orang Nya:
Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda.

Tips utk memikat:
COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal

WARNING:
Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti…

Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)
Orang Nya:
Pijak semut tak mati… Suka yang cantik dan menarik perhatian.

Tips utk memikat:
Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you.

WARNING:
Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Orang Nya:
Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan. walaupon tak hensem..

Tips utk memikat:
Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila.

WARNING:
Mungkin bakal jadi playboya.

Taurus (21 April - 21 Mei)
Orang nya:
Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri. Suka Bantu orang lain.

Tips utk memikat:
Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you…

WARNING:
Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang… kesian takde orang lain layan…

Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Orang nya:
Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasan nya

Tips utk memikat:
Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.

WARNING:
Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer…..

IHSAN DARI TENTANG CINTA.COM

TIPS SURVIVE PERCINTAAN JARAK JAUH



Ramai yang bertanyakan apa tips untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Sudah banyak cerita yang kita dengar. Ada yang dapat bertahan dan ada yang kecundang.
Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia, betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan.
Cinta perlukan komitmen.
Cinta juga adalah 1 tanggungjawab.Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Jadi, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang . Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.


sama tapi tak serupa

ni gambar pertindihan imej yang aku buat....nampak real tak....























ha.....ni eksperimen aku...jadi tak...hehe...

FAMILI AKU....

NI 11/10/2009 ARI TU..KITAORG GI MASJID KRISTAL...


NI LAH SEBAHAGIAN BESAR FAMILY KITAORG...ADA SEPARUH LAGII...12 ORG LAGI TAK CUKUP..


NI ADIK AKU NO 3...ATEH...NAMA DIA MIMIE


NI PLAK MAK AKU.....SENYUM SKET MAK..


HA...NI LAH AYAH AKU..PAK USOP...HEHE



NI TO'KI AKU...YANG TO'KI PEGANG TU ADIK SEPUPU AKU..NAMA DIA UMMI KHAIRA




NI MAKCIK-MAKCIK AKU..MASA KENDURI KAHWIN ADIK AKU ARI TU...


NI ADIK AKU YANG PALING BONGSU...NURUL
NAMA DIA

Monday, April 13, 2009

KES BUANG ANAK














































KEK COKLAT BASAH

Bahan-Bahan:
3 ½ cawan tpg gandum biasa
4 cawan gula halus (castor)
1 ½ cawan koko
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh garam 2 sudu teh bikarbonate
4 biji telur (dipukul kembang)
1 ½ cawan minyak masak
2 cawan susu segar (disyorkan perisa coklat)
2 cawan air suam

Cara2:
1. gaulkan semua bahan ikut urutan 2. bakar (45 minit) topping..(kalau nak) 3 1/2 cawan serbuk koko 1 tin susu F&N 1 tin susu cair *masak sampai pekat....

PASANGAN MAWI DAN EKIN



























MAKNA SEBUAH HADIAH



RAMAI YANG PENING MEMIKIRKAN APA YANG PERLU DIHADIAHKAN. DAN RAMAI YANG TERTANYA-TANYA MAKSUD PEMBERIAN SESUATU HADIAH. SETIAP HADIAH SEBENARNYA MEMPUNYAI MAKSUD YANG TERSIRAT...

JAM TANGAN - Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG - Tanda mesra

RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.

PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI - Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU - Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT - semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN - mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN - tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

HANDPHONE - tandanya kamu tidak boleh jauh darinya

Sunday, April 12, 2009

UPDATE AVIRA SECARA MANUAL

Avira AntiVir PersonalEdition Classic adalah perisian anti-virus percuma yang paling bagus setakat ni (2nd: Avast, 3rd: AVG Free). Seperti anti-virus lain, Avira ni kena update selalu untuk memastikan ia kenal virus dan malware yang terbaru. Tapi sesetengah dari kita tak ada kemudahan Internet kat rumah / bilik. Ikut cara kat bawah ni untuk ambil update dari Internet (Cyber Cafe, contohnya) dan update Avira kat PC korang tu.

1. Pergi ke laman web: http://www.avira.com/en/support/vdf_update.html untuk download update bagi Avira AntiVir Personal Edition Classic.
2. Perhatikan ada dua jenis update kat laman web tu. Pilih IVDF (Unicode).
3. Dalam Internet Explorer, File Download message box akan keluar. Klik Save dan letak kat mana korang nak. Tunggu sampai download siap.
4. Buka Avira AntiVir Personal Edition Classic dan pergi ke menu Update Manual.
5. Pilih fail yang korang dah download tadi. Proses update akan bermula. Siap!

DI PAGI RAYA




gambar ni time raya tahun 2008..hari raya pertama kat rumah..ateh mimi aku yang amik gambar ni..

LELAKI ITU..

lelaki itu..
buat ku tersenyum..
buatku malu...
buat ku berangan-angan selalu..
lelaki itu..
kadang-kadang timbulkan risauku..
sakit ati dan amarahku..

namun lelaki itu buatku bahagia..
buatku gembira..
buatku sentiasa dalam senyum tawa..

hadirnya buat hidupku sempurna..
dia tiada galang ganti..
cintaku hanya pada lelaki itu..
rindu hanya pada lelaki itu..
sayang dan kasihku hanya untuk lelaki itu..

siapakah lelaki itu??
dialah lelakiku..

penulis: nadyaa razak, 12 April 2009

gambar ngan kwn2


gambar ni masa kat konvokesyen kawan aku 'SAH' ari tu..25 mac 2009..
kat universiti utara malaysia..















 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner