Saturday, June 9, 2012

RAHSIA TARIKH LAHIR PASANGAN ANDA _dato fadzilah kamsah



1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.




2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3.Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.



5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.



6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.



7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.



8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.



9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.



10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.



11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.



12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Friday, June 8, 2012

mimpi mengandung



mlm tadi aku mimpi aku mengandung..hahaha...dlm mimpi tu aku dah berkahwin dengan tunang aku sekarang...sebenarnya bila bangun dari mimpi rasa takut jugak..takut tu alamat tak baik...tadi sehari sebelum tu aku mimpi tsunami..org cp mimpi air tanda dapat rezeki lebih..sblm ni aku mimpi tsunami aku dpt bonus...kali ni wallahualam...pagi ni sampai tempat kerja terus lah google apa maksud tersirat mimpi mengandung..bukan nak percaya sekadar nak tau....so nilah jawapan yg dpt aku cari.....


1) Untuk suami yang bermimpikan isterinya mengandung :
-Sesuatu yang buruk mungkin akan menimpa / berlaku.. (Wallahualam.ALLAH saja yang lebih mengetahui)


2) Kalau diri sendiri (perempuan) yang mimpi dia mengandung :
-membawa maksud akan mendapat keuntungan besar berbentuk wang & harta... (kalau betul alhamdulillah)


-Kemungkinan juga membawa maksud mimpi mengandung ni mungkin jugak dia bakal mengandung tak lama lagi....(Wallahualam.ALLAH saja yang lebih mengetahui)

-Biasanya akan memiliki hubungan yang baik dengan pasangannya.


3)yang belum kawin tapi mimpi mengandung,


-bermaksud orang2 terdekat akan mengandung

Thursday, June 7, 2012

NOORKHIRIAH KINI TEKAD BERTUDUNG LITUP

"Walaupun sudah mula berjinak-jinak untuk melakukan perubahan terhadap penampilan, saya hanya bertudung sesekali sahaja dan masih lagi menerima tawaran lakonan yang tidak memerlukan saya supaya tidak bertudung."

Namun, kini saya sudah bertekad mahu bertudung sepenuhnya dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Tidak dinafikan memang ada pihak yang mula memandang sinis terhadap penampilan saya ini, tetapi inilah keputusan saya sekarang," ujar anak kelahiran Raub, Pahang itu dipetik sebagai berkata.

Semuanya berlaku ketika dia bercuti bersama keluarga di Singapura pada tahun lalu sempena ulang tahun perkahwinanannya yang kelima. Entah kenapa, tiba-tiba dia terdetik mahu melakukan perubahan terhadap penampilan diri iaitu mahu bertudung sepenuhnya.

"Selama ini saya telah memperoleh rezeki yang banyak serta dikurniakan seorang suami yang baik dan dua orang anak. Namun, saya masih lagi tidak mengikut suruhan-Nya terutama sekali bab menutup aurat.

"Berbanding beberapa rakan artis yang berhijrah setelah mengalami perkara yang pelik sehingga membuatkan mereka berubah, perubahan yang berlaku terhadap diri saya pula adalah atas kesedaran sendiri dan berkat doa suami.

"Sudah tentu rezeki itu tertakluk kepada kuasa Allah dan saya sangat bersyukur kerana rezeki dalam bidang lakonan masih lagi ada. Namun, dengan imej sekarang ini saya perlu menjaga batas semasa penggambaran.

"Selalunya saya akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu, misalnya kalau ada adegan bersentuhan. Malah, saya berasa sangat lega apabila pengarah dapat memahami kehendak saya," tambahnya bersungguh.

"Sekalipun saya kini sudah bertudung, tidak bermakna saya perlu memilih tawaran tertentu kerana lakonan merupakan kerjaya saya. Tidak kisah apa sahaja genre sama ada serius atau komedi, saya akan tetap memberikan lakonan yang terbaik.

"Lagipun yang berubah cuma penampilan saya sahaja, tetapi kerjaya saya sebagai pelakon masih lagi seperti biasa. Asalkan ada persefahaman dan toleransi antara saya dan pengarah, saya tidak kisah membawakan apa sahaja watak," jelasnya menutup bicara.




SUMBER:WWW.MYARTIS.COM

Monday, June 4, 2012

TASIK BERWARNA PINK

Aneh sekali tasik ini kan? Seperti warna susu strawberry yang manis. Tapi jangan salah, rasa air tasik pink yang bernama Tasik Retba yang letaknya di Senegal, Afrika Barat ini tidak manis, melainkan masin. Ya, masin kerana kandungan garam dalam tasik ini sangat pekat, bahkan hingga mencapai 40%. Warna pink yang kelihatan ini pun sebenarnya kerana kandungan garam tersebut. Ramai penduduk yang bekerja mengumpulkan garam dan mineral yang terkandung dalam air di tasik tersebut.

Terllihat dari banyaknya tumpukan gunung garam di tepi tasik Retba yang kedalamannya hanya sekitar 3 meter saja. Seperti halnya di Laut Mati, pengunjung terlihat menguji tingkat kepekatan garam yang dapat membuat mereka mengambang ketika sedang berenang di tasik itu. Pelancong mengapung dengan posisi tidur, tanpa takut tenggelam kerana tingginya kadar garam.

Michael Danson, seorang ahli dalam bakteria extremophile dari Bath University, mengatakan:“Warna strowbery dihasilkan oleh organisme Dunaliella salina. Ianya menghasilkan pigmen merah yang menyerap dan menggunakan energi sinar matahari untuk menciptakan energi yang lebih, mengubah air jadi pink”, terangnya.

Walau kebanyakan organisma tak dapat hidup di air dengan tingkat kepekatan garam yang tinggi, namun bakteria tersebut boleh. Dan terbukti, tasik Retba berubah warna menjadi pink yang indah dilihat.






 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner