Wednesday, March 21, 2012

sahabat





hmmm...tetiba rindu plak kwn2 kat kg...sekolah rendah sesame..sekolah menengah sesama..sakrg ni kwn mmg ramai tapi nk jumpa mcm kwn2 dari kecik kita membsar susah kan...kat atas ni gambar raya tahun lps...tu pun x semua dpt jumpa..maklumla umur masing2 dah meningkat..ada yg dh bersuami..beranak pinak..yang tinggal kami nilah yg tak disambar lagi..hahaha..itu pun semuanya dh kena booking..cuma yg tgh tu dh bersuami..hikhik...

Monday, March 19, 2012

DOA QUNUT DAN TERJEMAHANNYA



Wahai Tuhanku, tunjukilah aku bersama mereka yang telah Engkau tunjukkan dan sihatkanlah aku bersama mereka yang telah Engkau sihatkan dan uruskanlah aku bersama orang yang telah Engkau uruskan dan berkatilah aku pada nikmat yang telah Engkau kurniakan dan hindarilah aku daripada sebarang kejahatan yang telah Engkau tetapkan, maka sesungguhnya Engkaulah penghukum dan tidaklah dihukumkan ke atas Engkau. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah muliakan dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan. Maka Berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.



PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN


Permohonan Perkahwinan Bagi Perempuan

MAKLUMAT UMUM Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah. Oleh itu, ia perlu dilaksanakan mengikut ketetapan syariat. Melalui perkahwinan, seseorang itu dapat membina keluarga dan ini adalah suatu saluran untuk seseorang itu menunaikan ibadah iaitu dengan membelanjakan wang untuk keperluan keluarganya, memberikan pendidikan, menunaikan solat berjemaah dan sebagainya.


Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu." Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.Oleh kerana melalui perkahwinan, umat manusia akan berkembang dan akan terjalin hubungan persaudaraan di antara dua buah keluarga, kita harus berhati-hati dalam melaksanakannya agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Islam telah menggariskan ciri-ciri calon suami atau isteri yang patut dipilih iaitu kerana kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.


Walau bagaimanapun, Islam menekankan bahawa pemilihan yang paling baik adalah dari kalangan orang yang beragama.Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.


Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti Berikut :-


.1. Bapa Kandung


.2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.


3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa


.4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa


.6. Anak Saudara Lelaki Sebapa


.7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa


.8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa


.9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa


.10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa


.11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya


.12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya


.14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya


.15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki)


.17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa


.18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa


.19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya


.20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya


.21. Wali Hakim.


Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Negeri Selangor dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.


PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN


1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN


2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DI JAIS/ PAID ATAU DOWNLOAD BORANG DI SINI.


3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIANUNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.


4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)


5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH.


6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.


7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)


8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.


9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.


DOKUMEN2 YG DIPERLUKAN


#DOKUMEN YANG SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).


# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)


# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).


# BORANG LAPORAN PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV YANG TELAH DIPERAKUKAN OLEH PIHAK KLINIK KESIHATAN KECIL KERAJAAN YANG TERPILIH SAHAJA


# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).


# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN


# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.


# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)


# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)


# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).


# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)


# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)


# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)


# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN ATAU IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).


JENIS-JENIS PERNIKAHAN YANG DIISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARI MAHKAMAH SYARIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :-


1. PERNIKAHAN POLIGAMI.


2. PERNIKAHAN DI BAWAH UMUR.


3. PERNIKAHAN JANDA BERHIAS DALAM PERJALANAN IDDAH.


4. PERNIKAHAN MUALLAF TANPA WALI.


5. PERNIKAHAN ANAK LUAR NIKAH.


6. PERNIKAHAN ANAK ANGKAT (Yang mana walinya tidak diketahui kedudukannya).


7. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG TIADA WALI(SEBAB NASAB/ KETURUNAN) TIADA YANG MELAYAKKAN UNTUK MENJADI WALI MENGIKUT HUKUM SYARAK.


8. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA WALINYA GHAIB; TIADA DIKETAHUI KEDUDUKANNYA SAMA ADA HIDUP ATAU MATI.


9. PERNIKAHAN MANA-MANA PEREMPUAN YANG MANA TERBUKTI WALINYA DIKETAHUI TEMPAT TINGGALNYA BERADA (MELEBIHI 2 MARHALAH) TETAPI SANGAT SUKAR UNTUK DIHUBUNGI OLEH MANA-MANA ALAT KOMUNIKASI DAN BERTULIS.


10.PERNIKAHAN ATAS SEBAB "WALI ENGGAN UNTUK MENJADI WALI.


SOALAN YANG SERING DITANYA ?


Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?


Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.


Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?


Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.


Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?


Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.


Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?


Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau atau boleh download terus di sini.


Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?


Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.


Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan Majlis Ijab-Qabul di Negeri Selangor menjalani ujian darah/ HIV ?


Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul dalam Negeri Selangor DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja

sumber dari http://cikguzulpasirtumbuh.blogspot.com
 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner