Saturday, July 14, 2012

GI MAJLIS KAWEN KAKAK MEMBER

cantik hijau ni kan....sgt terpesonana dgn baju dia









pada 30/6 aku ngan en tunang gi 1 majlis kawen kat putrajaya...majlis kakak kpd kwn en tunang aku..pompuan nye org puchong dan suaminya org singapura...time aku dtg majlis pun dah nak abis..sbb hari yg sama kitaorg gi 1 lagi majlis kwin kawasan putrajaya jugak..

tgh tgok2 gambar kawen kat blog tetiba ternampaklah gambar pasangan ni ...hehehe..

tema majlis warna hijau..org kg aku panggil hijau kepala itik..hehehe..sgt cantik...make up by marly kama


takde apa, saja nak share...



Gambar Eksklusif Sekitar akad nikah FIQA GADIS MELAYU 2 & DATUK ZAINAL ABIDIN






























Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengakhiri zaman dudanya hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, kira-kira jam 10.30 , 13JULAI 2012..Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.



“Nur Syafiqa memiliki segala aspek yang saya perlukan dari seorang isteri: penyayang, bijak, menghormati orang tua, berjiwa besar, cantik dan mempunyai sifat keibuan terserlah.”Demikian pengakuan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman


Zainal Abidin yang menamatkan zaman dudanya selama dua tahun itu berkata, kisah cinta mereka berdua mula disulam dalam satu pertemuan tidak disengajakan di salah satu program dirasmikannya. Menurutnya, pertemuan kali pertama itu menyebabkan hatinya terpaut dengan keayuan Nur Syafiqa hingga memberanikannya untuk mendapatkan nombor telefon gadis kelahiran Parit Buntar itu.

“Sepanjang tempoh kami berkawan, hanya kiriman pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon sahaja yang menghubungkan kami berdua dan kami tidak pernah ‘berdating’ sehinggalah pertemuan kali pertama di rumah keluarga Nur Syafiqa.

“Justeru, boleh dikatakan hubungan cinta kami berdua disulam melalui cara tradisional dan kami tiada masalah memandangkan jadual waktu kerja kami berdua ketika itu memang padat dengan pelbagai aktiviti,” katanya.


Beliau yang mesra dipanggil Tok Non berkata, kesemua anaknya terutama anak bongsu amat rapat dengan Nur Syafiqa dan akan menelefon ‘buah hati’ baru mereka setiap malam sebelum tidur.


“Arwah isteri saya sebelum ini merupakan seorang berjiwa rakyat dan sentiasa membantu saya dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan saya percaya Nur Syafiqa mampu menyambung tugas sama di samping memberikan perhatian terhadap anak-anak saya,” katanya.


Sementara itu, Nur Syafiqa jelaskan sifat romantik dan ciri-ciri bapa mithali yang ada pada Zainal Abidin menyebabkan hatinya yakin beliau membuat pilihan tepat.


“Saya sentiasa percaya saya membuat keputusan tepat memilih Zainal Abidin sebagai suami dan ianya sama sekali tiada kaitan dengan harta kebendaan. “Saya sendiri mempunyai perancangan pada masa hadapan untuk meneruskan kerjaya pengacaraan secara sambilan di samping membantu suami dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.


Pasangan tersebut telah dinikahkan dengan mas kahwin senaskhah al-Quran dan sepersalinan solat dan wang tunai RM27,777. Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru. Sementara Siti Nur Syafiqa pula ialah anak sulung daripada lima beradik yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


sumber gambar dari :sayangkudinadania.blogspot.com & seribusatuadamhawa.blogspot.com

GAMBAR HONEYMOON IRMA HASMI DAN REDZA

Gambar Irma Hasmie Dan Syah Redza Berbulan Madu di Gold Coast Australia. Selepas berakhirnya majlis persandingan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer di Kelab Darul Ehsan pada 7 Julai 2012 lalu, pasangan ini telah pergi berbulan madu di Australia






PENING PSL MAKE UP PLAK

adooiiii..pening kepala...makin dekat dgn majlis makin sakit kepala..bab make up pun risau jugak..aku ni cerewet sket bab make up ni..wlpun aku menggunakan jurumake up yg sama masa bertunang dulu tp risau ttp ada. waktu akad nikah baju aku tema krim dan waktu bersanding warna purple. apa yg aku nak waktu akad nikah solekan mata lebih menonjol . apapun aku cuma nak warna lipstik aku hanya warna pink sahaja....demand tak?? xdelah sgt kan.....hahahha..kat bwh ni cth2 make up yg aku berkenan,,,




make up yg comel




yang ni agak simple...tapi kemas solekannya





baju aku warna krim..yg ni dah masuk kuning kan...tapi boleh lagi lah klu nk try..




ini cantik..tapi muka penagntin dah tenggelam sbb dah sama warna ngan baju..dia cerah aku ni kulit tak berapa nak putih..





haaa....baju ni ala2 baju sanding aku..bezanya warna baju sanding aku hitam manik purple ...make up mcm ni pun ok kan...




lipstik merah...cantik..tapi aku takut nak amik risiko...huhu







cantik...kemas dan simple


aku suka warna blusher dan lipstik dia..tak keterlaluan ...lembut aje..





yg atas ni aku suka tang bulu mata palsunye...aku masih terfikir2 warna contact lens yg boleh menyerlahkan lagi mata aku nanti...hmmm

aku tak tau apa pandangan korang dengan mke up ni..tapi aku sgt suka...aku suka warna lisptik , blusher dan eye shadow..aku suka2 aku suka,,,,,,

Tuesday, July 10, 2012

KOLEKSI GAMBAR RESEPSI IRMA HASMI SEBELAH PIHAK LELAKI

foto foto menarik sepanjang majlis resepsi sebelah suami yang telah diadakan pada 7 Julai 2012 yang lalu. sgt2 cantik...sgt2 jeles.....



















MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH

majlis resepsi irma dan pasangan berlangsung pada 1 /7/2012...sgt enjoy bila tgok gambar2 diorang ni...sgt ceria kan....pasangan sama cantik sama padan....







































 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner