Tanggal 9 Jun yang lalu, genaplah usianya 30 tahun. Itulah detik pertama dia mengenakan tudung dan mohon kekuatan hati agar tidak berpaling semula kepada imej lamanya yang boleh diandaikan seksi suatu ketika itu
“Genap seminggu saya bertudung hari ini dan keputusan ini diambil bersempena ulang tahun kelahiran yang 30 tahun pada 9 Jun lalu. Ia lahir dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas. Sesetengah orang didatangkan seru ketika sedang menderita sakit atau tatkala gangguan mimpi yang dahsyat.
“Sebaliknya untuk saya, alhamdulillah hidayah itu hadir dalam keadaan baik, ketika masih sihat serta kerjaya juga stabil. Kalau ikutkan, saya memasang niat untuk bertudung sudah lama tetapi asyik tertangguh.
“Begitu cantik aturan Yang Maha Esa dan rahmat yang diberi oleh-Nya pada saat perubahan yang mahu saya lakukan. Selepas ini, saya hanya menerima tawaran yang membenarkan saya bertudung saja dan mohon ditetapkan hati agar tidak membuka aurat lagi,” katanya yang semakin manis.
“Saya rasa bertuah kerana setiap apa yang saya hajatkan pasti dimakbulkan. Misalnya, saya berdoa untuk mempunyai karier lakonan yang baik supaya dapat memiliki kereta dan rumah sendiri, Tuhan sudah memakbulkan permintaan saya itu.
“Jadi, saya terfikir kenapa saya tidak memilih jalan yang diredhai dan membuat perubahan yang baik untuk-Nya. Lagipun, saya bukannya muda lagi sudah masuk 30 tahun pun,” ujarnya lagi.
sumber: harian metro
0 KORANG RASA MCM MN????:
Post a Comment