Monday, June 11, 2012

"Maafkan abang, Sayang"

Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidup akhirnya mengakui ada hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya..Sungguh tidak ku duga.. inikah balasan yang ku terima atas setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir..


Kehangatan airmata ku menyelinap ke dalam diri..Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama 10 tahun ini. Ku renung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali.Seolah-olah didalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi..


Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seriang wanita bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad ini.


Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami-isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang.


Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa,siapa yang setia menemanimu siang dan malam?Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikkan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama Sayang.


Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerna bawu ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu,Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu,Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi padamu. Sayang ikhlas membantumu, Abang. Selama ini Sayang ikhlas menjaga makan minum mu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada waktunya, Sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri.


Sayang sedar ada masanya Sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai tolenrasimu. Sesungguhnya tolenrasi dan kasih sayang abang adalah 2 perkara yang sentiasa membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehidupan. Sayang bahagia. Dan kerana itu, Sayang tak ragui abang. Tidak dalam secubit waktu ini. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga. Sekali lagi airmataku gugur.


Kurenung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas ku genggam. memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara Sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua. Kasih abang satu.. Dan Sayang takut jika kasih yang satu tu bukan milik Sayang lagi. Abang, malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak Sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang. Sayang bangga kerna punyai suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seorang lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan.


Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anak. Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang.


Mungkin kerana ketidakhadiran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu, Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup Sayang, sayang dapat jalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani lindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu, abang bagaikan wira dahulukala.


Di kala Farah rasa hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kami ini adalah Farah! Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas. Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apakah dosa aku padamu Farah? Kata orang tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.


Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak boleh kah kau pikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernah dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! tidak! Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jatuh talak. Kau masih isteri orang Farah.Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapkan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di kala itu kulihat suamiku sedang leka dibuai perasaan .


Di atas sofa empuk itu, suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Ku hampiri suamiku. Dikala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bilan pandangan kami bertaut tapi malam ini......pertama kali Sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu Abang. Lembut suamiku menarik ku kesisi..


"Abang, Sayang cuma mahu tahu sepekara darimu abang. Berterus teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima.Apa yang abang cari pada farah? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup abang sekarang?" Sakit hati ini bila kata-kata itu yang meluncur keluar dari bibirku..Tidak dapat ku bayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang, walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasa peritnya kehilanganmu.


"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan abang tak salahkan sayang kerana membenci abang. Cuma abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu.."Tapi kenapa sampai ada ketelanjuran berlaku?"


"Abang lelaki punyai keinginan....punya kemahuan." Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Abang...Abang..aku mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah semakin murah untuk mengalir.tapi Sayang akan kekal kuat. "Bagaimana halal dan haram abang?" Aku masih cuba berlaku tenang.


Aku kalau boleh mahu suamiku sedar akan ketelanjuran yang berlaku. suamiku terdiam. Dia semakin resah."Abang dah bertaubat,Sayang.Dan kerana itu abang mahu bertanggungjawab atas ketelanjuran kami."


Mudah sungguh abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian. "Abang masih belum menjawab soalan sayang? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku mendapatkan kepastian. "Farah...Farah..." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ketidakpastian pada raut wajahnya.Lembut ku genggam tangan suamiku..


"Abang, Sayang cuma mahukan kejujuranmu." Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur padaku.


"Sayang...Farah mampu jadikan abang......AYAH.." Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan suamiku.. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain abang..tapi kini.


."Dulu, sayang izinkan abang menikah lain tapi abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati. ..hanya ajal memisahkan kita.Takkan ada dua atau tiga dalam hidup abang."


"Sayang....itu dulu..Abang juga mahukan anak.Hidup abang sunyi Sayang tanpa anak. Abang taw sayang tak mampu..tapi abang berkebolehan mendapatkan anak.


" Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini..


"Kalau anak yang abang mahu, nikahlah Farah. Gauli Farah setelah Farah halal bagimu" Segera aku bangkit dari dudukku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir.Hatiku sudah terluka abang. Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagai madu Sayang tapi... yang tak mampu Sayang terima ialah....layanan haram Farah buat abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya.


Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku.. Kukucup suamiku dan kubisikan padanya.."Tapi Abang.. Sayang tak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang.." Tersentak suamiku..


"Nanti sayang........" Suamiku menarik aku hampir padanya.."Abang perlu bertanggungjawab pada Farah. Berikanlah Farah kebahagiaan yang ingin Abang berikan.. Jadilah abang ayah seperti mana abang impikan..Cuma..


Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan...Abang lupakan Sayang..Hanya kerana 3 bulan pertemuan, abang musnahkan kepercayaan Sayang.. dan hanya 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu. ...Maafkan Sayang, abang."


Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku..Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma....janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran Tuhan abang..

1 KORANG RASA MCM MN????:

Unknown said...

jadi isteri dia sedang hamil la masa tu dan suami dia tidak tahu ker? sambung lah

 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner