SABDA NABI SAW:
‘ Adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya itu, maka bahawa sungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang lain yang haram memandangnya ’ .
‘ Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan air yang panas dituangkan di dalam leher itu, maka bahawa sungguhnya ia menyakiti akan suaminya ’ .
‘ Dan adapun perempuan yang tergantung dua susunya itu, maka bahawa sungguhnya dia memberikan air susu suaminya tiada dengan izinnya ’ .
‘ Dan adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api Neraka itu, maka bahawa sungguhnya ia keluar daripada suaminya dengan tiada izin daripadanya ’ .
‘ Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api Neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya, maka bahawa sungguhnya dia memperhiasi tubuhnya kerana orang yang lain, yang tiada memperhiasi bagi suaminya ’ .
‘ Dan adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya yang tertambat kepada dua susunya bertambat pada ubun-ubun dan telah dijadikan kepadanya beberapa ular dan kala yang memakan ia akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya bahawa sungguhnya dia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi daripada junub dan haidh dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang .
‘ Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaan kelu dan buta dan tuli yang ada ia di dalam kurungan api Neraka, maka bahawa sungguhnya ada dia mendatangkan daripada anak zina ditambatkan akan dia pada batang leher suaminya ’ .
‘ Dan adapun perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya itu seperti badan himar, ya’ni keldai bahawa sungguhnya dia adalah sangat mengadu-adu lagi amat dusta ’ .
‘ Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia daripada mulutnya dan keluar ia daripada duburnya, maka bahawa sungguhnya dia adalah sangat membangkit akan manusia, lagi banyak dengki berdengki ’ .
‘ Wahai anakku !!! Jagalah bagi perempuan yang derhaka ia akan suaminya ’ .
sumber: http://badanukhwahdaruliman.blogspot.com
0 KORANG RASA MCM MN????:
Post a Comment