Friday, April 10, 2009

KENALI LELAKI

Kenali Lelaki

LELAKI KONSERVATIF

Siapa Dia? Minda dan personaliti yang konservatif membuatkan lelaki sebegini kelihatan serba sederhana. Rasa ego menular dalam jiwanya lantaran berpegang teguh kepada fahaman bahawa lelaki perlu dihormati dan disanjung. Tidak hairanlah jika lelaki sebegini cenderung bersikap memerintah. Namun begitu, lelaki konservatif bijak mengatur perbelanjaan. Konklusi Mindanya matang dan bersedia memikul tanggungjawab membuatkan ciri-ciri pemimpin dan ketua sangat menyerlah. Pasangan pilihan tentunya individu yang mampu memberikan ketenangan dalam kehidupan.

LELAKI HIPOKRIT

Siapa Dia? Lelaki sebegini bersikap ego dan mementingkan diri sendiri. Berlakon dan berpura-pura adalah rutin kehidupannya. Suka mengambil kesempatan dan menindas individu lain demi kepentingan diri semata-mata. Pinta kami, awasi dan jauhi lelaki sebegini dari hidup anda! Konklusi Nasihat kami, jauhi lelaki sebegini. Gara-gara sikap hipokrit dan gemar berpura-pura, jenama ‘penipu’ tentunya sinonim dengan personaliti diri. Elakkan pantas terpengaruh dengan persembahan paras rupa atau kemewahan yang dihidangkan buat tatapan anda. Awas, semua itu hanya perangkap sematamata!

LELAKI ANTI PEREMPUAN

Siapa Dia? Bersikap kritis kepada golongan lawan gendernya. Wanita dianggap sebagai subjek yang menyulitkan dan membebankan! Tidak mesra kepada kanak-kanak dan suka mengumpul sebarang subjek menarik sebagai koleksi peribadinya. Konklusi Usahlah sifat kelelakian mereka dipertikaikan. Sejujurnya, lelaki sebegini masih memerlukan dan ingin mendampingi wanita sebagai pasangan. Tetapiawas, keinginan mereka mendampingi wanita bertitik tolak daripada kepentingan diri sendiri. Mangsanya tentu sekali wanita yang lemah dan sedia menuruti seluruh kehendaknya.

LELAKI BERWAWASAN

Siapa Dia? Lelaki yang pendiam tetapi sikapnya yang sebegitu adalah daya penarik yang mengujakan kepada individu sekeliling. Kaya dengan idea rasional dan logik. Kerjaya adalah titik fokus utama dan lelaki sebegini sering dihujani spekulasi terlalu mementingkankerjaya. Kesempurnaan adalah sangat penting, begitu juga perihalnya dalam soal berpacaran. Kurang setuju dengan usul komitmen awal serta pantas. Konklusi Inilah lelaki yang harus anda dekati. Seorang lelaki yang berwawasan, berfi kiran jauh dan bijak merancang masa hadapan. Wanita berdikari adalah pasangan paling ideal buat lelaki seperti ini memandangkan rutin kehidupannya yang agak sibuk. Tetapi ini tidak bermaksud bahawa lelaki sebegini bersikap ‘lepas tangan’ terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang

0 KORANG RASA MCM MN????:

 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner