Wednesday, December 25, 2013

gambar pernikahan anak rosyam nor ((12 Mei 2013 )

“Dari semalam sehinggalah tiba majlis ini, saya belum tidur lagi kerana nak pastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Saya nak pastikan apa yang dikehendaki itu direalisasikan malam ini.

“Saya nak tengok sendiri depan mata barulah rasa okay. Majlis ini pun terhasil kerana gabungan idea daripada semua pihak iaitu keluarga dan kawan-kawan. Kami bekerjasama melaksanakannya.

Menurutnya, peranca­ngan untuk majlis ini sudah dirancang sejak Oktober lalu selepas pasangan mempelai bertunang. Ia dilakukan sedikit demi sedikit sehinggalah berlangsungnya majlis ini.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sekarang hanya tinggal majlis menyambut menantu sebelah keluarga Hafiz dan kenduri sebelah saya untuk meraikan keluarga dan orang kampung di Kampung Kerinchi pada 9 Jun nanti.

“Dulu saya kahwin pada usia 22 tahun dan sekarang anak saya kahwin pada usia 23 tahun. Saya tak menghalang kerana ada empat perkara yang sudah jelas tertulis dalam hidup kita iaitu hidup, mati, rezeki dan jodoh pertemuan yang sudah ditentukan Allah.

“Ini perkara yang setiap kita tak boleh elak. Memang mulanya saya agak susah nak terima kenyataan untuk melepaskan dia. Saya tengok anak saya masih kecil dan rasa dia masih muda.

“Saya tanya dia kenapa tak melalui dulu zaman remaja. Tapi apabila dia tetap dengan keputusannya untuk berkahwin, saya izinkan juga. Lagipun dia sudah tamat belajar di sebuah kolej swasta,” katanya yang mahu pasangan ini berdikari dalam hidup mereka.












Tuesday, December 24, 2013

RESEPSI PERTAMA FIZO & MAWAR MERIAH DI PULAU PINANG

Gambar resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang diadakan di Butik Fareeda di Pulau Pinang pada hari Ahad 22 Disember lalu..cantiknya mawar ni kan..tak jemu mata memandang..untungla abg fizo omar kite..











Alhamdulillah..isteri aaron aziz pun dah bertudung

Buka je facebook...tgok2 aaron aziz update status dia "Alhamdulillah. Sungguh manis isteri ku.." sambil upload gambar isteri tersayang...terbaca juga ari ni banyak artikel kat blog pasal komen Aaron Aziz bila isteri bertudung...tp xde plak ditunjuk gambar terbaru...alih2 buka fb...nampak lah gambar terbaru ni...

"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan. 

"Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," ujar Aaron dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam. 

"Saya mengetahui niat isteri saya untuk berhijab sudah lama, namun belum benar-benar bersedia untuk keputusan tersebut. Saya juga mahu anak-anak mengikuti perubahan tersebut demi kebaikan keluarga dan kalau boleh tidak mahu mereka pakai terlalu seksi atau singkat. 

"Dahulu kalau saya tegur, mereka akan mempersoalkannya. Kali ini... biar anak-anak ikut seperti ibu mereka," tambahnya bersungguh. 

erdahulu, Diyana memberitahu bahawa tindakan mengenakan selendang di kepala ketika berada di pesawat dalam perjalanan pulang dari Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk terus bertudung. 

"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," katanya. 

lisdawati kini bertudung

alhamdulillah...sorang lagi artis kita bertudung..suka sgt tgok imej lisdawati skrang...comel sgt2...tp kite doakan xdelah dia kejap buka kejap pakai tudung dia...amin.....

“Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai faham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima tawaran kerana itu adalah mata pencarian saya untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.”
“Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh.”



FIFFY NATASHA BERTUNANG

Tahniah kepada pelokon remaja comel Fiffy Natasha dan pasangan. Fiffy telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu seorang juruterbang MAS bernama Muslim Azman. 


"Saya mula mengenali Muslim Azman yang bertugas sebagai juruterbang MAS sejak setahun yang lalu dan lantas mengambil keputusan untuk terus bertunang. 

"InsyaAllah kami merancang untuk berkahwin dalam dua tahun lagi tetapi tengoklah keadaan juga. Jika okay dan semuanya sudah bersedia, semuanya akan dipercepatkan," ujarnya dipetik sebagai berkata 


"Kami juga mengundang lebih kurang 200 orang tetamu untuk majlis pertunangan ini. Apa pun, doakan yang terbaik buat saya dan Muslim dan semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin," katanya. 

Tambah Fiffy lagi, mereka mula berkenalan apabila Muslim mula menyapanya di laman Twitter. Sejak itu, persahabatan mereka bertambah erat sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk bertunang. 



Monday, December 9, 2013

pengalaman bersalin induce di hospital serdang-part1

alhamdulillah baru hari ni berkesempatan nk share ngan korang....17 september yg lalu aku selamat melahirkan seorang puteri diberi nama ZARA AMANDA yg bermaksud puteri disayangi.ari ni aku nk kongsi pengalaman bersalin dhospital serdang.knp hospital kerajaan  jd pilihan??? hmm sbb aku memilih hospital kerajaan kerana:

  1. aku dan suami dari org2 yg berpendapatan sederhana (duit lbih bleh la nk duk swasta kan). 
  2. makcik aku nurse dia kata bersalinla di hospital kerajaan kerana brg2 yg sudah dipakai ketika menyambut bayi  takkan dipakai lg oleh pesakit seterusnya...xmcm hospital swasta klu wayar pun dia akan basuh dan repeat utk pesakit seterusnya. hospital kerajaan lg bersih la
  3. bg kami yg dari golongan sederhana ni nk pakai byk duit, jd watpe la nk buang duit kat hospital swasta.bg aku sakit sama je.
  4. aku pernah di refer kat sana krn dmm time pregnant 8 bln jd dah ada rekod
  5. sbb aku mls nak booking2, klu hospital kerajaan main redah aje
berbalik pada cite aku, sblm akan dihantar bersalin kat hospital serdang.aku mmg dah ada pengalaman warded kat sana 2 hari. hari raya pertama and hari raya kedua sbb aku dmm.so taulah mcm mn layanan diorg. ms aku warded time dmm tu aku ditempatkan di ward kelas 3. di mana ditempatkan 6 katil untuk pesakit dan 1  bilik air. bg aku sgt selesa walaupun kelas ke tiga. nurse nye pun baik2.

sbnrnya due data bersalin 23 september tapi kerana masalah tertentu aku diminta bersalin seminggu awal iaitu 16 september dgn cara induce. time tu laki aku yg excited katanya nak dpt anak malaysia.hahaha...kul 9.30am 16 sept aku pergi serah diri. pukul 10.30am aku diminta buat pemeriksaan  dan diminta tunggu nama dipanggil untuk dimasukkan ke wad. doc ckp mungkin tgh hari or esok pagi aku kena masuk ubat. ari tu ramai gila org nk bersalin.mkin senua nk anak 1 malaysia kot.hahaha

dari pagi kitaotrg tunggu sampai kul 7 ptg nama  pun dipanggil. nurse panggil aku dan 3 lagi yg lain yg sepatutnya kena induce ari yg sama. tup tup ingat boleh masuk wad tp last2 nurse bg tau...sampai ke 7pm wad kelas ke 3 masih penuh. kami diberi 2 plihan samaada pilih wad kelas kedua yg perlu bayar deposit rm300 atau tunggu sampai wad kosong. gilosssss. dari pg menunggu baru 7pm baru nk cite wad penuh...nasib baiklah mak aku yg dtg teman tu sihat lg.hmm..dah bincang2 laki aku pun dah pnt menunggu dia minta kelas ke2. kul 9.30 mlm aku selamat ditempatkan di wad kelas kedua.xde byk beza. cuma 1 bilik ada 1 bilik air, aircond dan  4 katil pesakit dan jauh dari nurse...hmm.xbest2...redha jelah...pas aku masuk  wad, aku minta suami, mak ngan adikku balik rehat kat rumah je. lagipun aku bukan sakit lagi. nurse ckp subuh esok baru masuk ubat.

esok kul 6.00 pgi nurse kejut minta aku pergi ke bilik rawatan. mmg btul la sakit wei bila kena seluk..argghh...nk je aku tendang doctor india perempuan tu.kasor bebenor. beza sgt ngan doctor laki melayu yg check jalan aku smlm tu...huh..lps masuk ubat, nurse suruh pergi balik kat katil wad dan baring setengah jam . xboleh bangun dan buang air takut ubat blum sebati. 

pukul 10 pagi dah rasa sakit pinggang macam nk period tp perut tak sakit. start sakit kul 12pm tp tak kerap.  dlm sejam sekali dia datang memulas. time tu aku xbaring sgt aku cuba berjalan.start  pukul 3 dah setengah jam sekali memulas. ya Allah sakitnya nak beranak...time tu teringat kat mak....sampai bergenang air mata menahan sakit wpun xnk nangis...haha..kul 4.30pm suami aku, mak mertua,adik and mak aku sampi. mak aku tegur muka aku dah mcm udang kena bakar...huhu...time tu dah sakit sgt.

time tu mak aku urut belakang aku..laki aku plak duk gelak2...sakitnya ati aku...dia ingat aku saja nk manja.dia wat lawak pun xde aku nk gelak nya...makin naik darah ada la...smpi mak mertua aku marah laki aku...sbb duk menyakat aku...mula2 mak aku urut..time tu 15 minutes 15minute datang memulas...panggil doktor dia check baru 3 cm pukul 5pm...ya allah punya lah sakit baru 3cm.....

laki aku plak sibuk suruh aku berjalan...jln cpt terbuka katanya...masalahnya aku ni nk jln pun dah xbleh...kejap2 gi tandas..kejap kejap g tandas...mls nk dgr laki aku duk bebel...aku ikut jelah dia pusing2 wad tu..tp xsmpi 10 minutes aku naik atas katil balik..aku ckp nk berak..nk kencing..mak aku ckp ko ni ngah mak tgok mcm nk beranak aje..kul 6.30 panggil nurse lg..sbb aku dah xthn dah...doc ckp 3cm...ya allah....lambatnya!!!!!!

kul 7.30pm waktu melawat dah abis...mak ngan laki aku ingat nk stay kat hospital tp dibbkn mak mertua aku ikut skali terpkasalah balik dulu antar mak mertua.tinggal aku duk menahan sakit sorang2.sedihnye.....
duk la aku menahan sakit sorang diri....TO BE CONTINUE.nanti kite sambung ekkk...JGN MARE EKK...nk breakfast jap..

Saturday, December 7, 2013

PUDING BISKUT OREO

yooohooo....
ari ni kite main masak2...semalam saje google resepi puding yg sedap2...byk btul yg  org post psl puding biskut oreo...mcm sedAP je mcm sedap je...huhu...
smlm on the way balik suruh husband beli bhn2 nkwat ouding..puding ni sng je nk buat....

bahan2:

biskut oreo (klu xde xnama puding biskut oreo plak ye)
satu tin susu caIR
gula 140g(dlm1 cwan tp sbb aku xsuka manisjd xletakpenuh la)
milo (3/4 cawan)
agar2 1 paket
750gm air


cara2:


  • masukkan air
  • cairkan agar
  • masukkan gula sampai cair
  • masukkan susu
  • kacau sampai pekat dan gunakan api perlahan
  • ambil 2 cawan dari adunan pertama dan asingkan ke periuk lain
  • masukkan milo dan kacau rata dengan menggunakan api perlahan
  • cara penyedian terpulang pada selera masing2.ada yg suka buat 2 lapisan ada yg 3 lapisan.sbb aku nk bg nmpk oreo kat atas jd aku buat 2 lapisan shj
  • lapisan pertama adunan yg dicampur milo
  • tunggu keras sedikit, masukkan adunan yang putih utk lapisan kedua..pastu hiasakan dgn biskut oreo
  • sbb aku buat 2 lapisan jd aku terus masukkn biskut oreo time dia tgh2 pns
selamat mencuba...huhu



Thursday, October 24, 2013

Rindu yg amat..

Hari ke 4 di puchong slps 3 minggu berpantang di kg halaman. Rindu pada mak, ayah, adik2 Dan Semua org kat kg. mana tidaknya, dah lama xdpt peluang McM ni.

Hidup jauh di perantauan perlukan pengorbanan berjauhan dgn org2 tersayang. Kat kg layanan McM puteri raja..haha..Bangun pagi mak sediakan sarapan, mandikan Dan Siapkan anak..anak menangis je ramai yg berebut nak RIBA..ayah plak ckp je nak apa, Semua ayah usahAkan,,adik2 ceriakan Suasana. Bahagianya bila bersama org yg Kita syg.

Tp Dlm Bahagia jiwa xtenteram bila 'my prince' jauh di mata. Asyik fikir dh mkn ke laki  aku? Baju dh bergosok ke? Semua tu buat xsanggup nk lama2 kat kg.C

Bila my price dtg amik, tuhan je yg tau sebaknya hati aku bila pandang wajah2 org y Akan kutinggalkan. Sampaikan nk ckp terima kasih pun rasa nk berjurai air mata.

Bila 1 ari kat puchong, terasa sgt2..mana taknya Semua keje dh kena buat sendiri. Siapkan anak, basuh n sidai Baju, mkn pun dh kena cari sendiri. Hari pertama my prince still on leave, so xde sedih sgt. Masuk Hari Ke 2 Mmg Sunyi giler. Bila dh Ptg Mmg aku meraung abis..Malu kat anak...haha..smpi ari ni ari ke 4 pun masih terasa lg....Rindu kami Semua...sob sob sob

Monday, October 21, 2013

MIMPI BAYI TANDA HAMIL

Org selalu ckp mimpi ni mainan syaitan. Ada mimpi Indah, buruk, menakutkan Dan mcm2.
Bagi wanita yg dh berkahwin , mimpi mengandung atau dpt baby adalah mimpi paling Indah.
Ada mcm2 tafsiran.

Berbalik pd cite aku, 2 minggu sblm aku disahkan Hamil, boleh dikatakan tiap2 mlm aku mimpi baby, tgok baby, susukan baby atau pegang baby.
Org ckp biasanya klu mimpi baby lebih kpd Benda xelok McM  kena sihir kan. Tp alhamdulillah mimpi aku psl baby petanda aku Hamil.:-)




Alhamdulillah, selamat menjadi ibu


Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi..aku selamat menjadi ibu..maaf kwn2 sbb dh berzaman xupdate blog ni..dh naik kulat dah..haha..nanti aku share pengalaman dr mengandung sampai beranak..tp nantilh  ye..klu aku rajin la ..haha

Sblm tu aku perkenAlkan Dulu puteri kesayangan ku..Zara Amanda..dilahirkan 17 sept 2013 @ 10.08pm di hospital serdang.alhamdulillah Bersalin normal.


gAMBAR ni dlm labour room..husband amik curi2....haha....




Baju Kahwin hitam dan krim pilihan kami


Ni cite pasal Baju bersanding kitaorg..aku Dan suami memilih warna Baju yg jrg skali dipilih pengantin..hitam..yeahh..itula pilihan kami...manakala makcik aku memilih untuk pakai Krim..
Disebabkan kami berkongsi majls, jd kami memutuskan warna tema majlis kami warna purple. ramai yg pelik knp aku pilih hitam..tapi time bersanding ramai pe yg memuji...bila dlm gambar naik seri tau...xsalah kite cari satu kelainan kan..



Tuesday, July 9, 2013

Info Ibu Mengandung: Playlist Surah Yang Baik Untuk Ibu Mengandung (Hamil) bacaan oleh Mishary Rashid Alafasy

Info Ibu Mengandung: Playlist Surah Yang Baik Untuk Ibu Mengandung (Hamil) bacaan oleh Mishary Rashid Alafasy

Friday, January 11, 2013

tutorial hijab style



tunang diana amir


"Sejujurnya, kalau boleh saya tidak mahu menghebohkan tentang pertunangan saya. Cukuplah sekadar kami sekeluarga tahu tentang majlis tersebut. Saya mahu ia berjalan dengan tenang dan apabila tiba waktu ingin bernikah kelak, barulah saya akan mengumumkannya. Ini kerana pada pandangan saya, ia hanya dalam peringkat bertunang.
Bagi saya juga, bercinta dan bertunang bukan sesuatu perkara yang perlu dihebohkan. Kita manusia yang hanya mampu merancang, dan yang menentukan kelak ialah Allah SWT. Memang dari awal lagi saya tidak mahu hebohkan. Ramai juga yang bertanya, namun saya tidak mahu banyak komen. Alhamdulillah, ramai yang faham akan keadaan tersebut dan memberi kata-kata positif kepada saya."-diana amir

pernikahan farid kamil dan diana danielle





pernikahan Hairie Othman

Boleh dikatakan pasangan ini senyap senyap sahaja berkahwin walaupun ada khabar yang berlegar sebelum ini mengatakan mereka bakal berkahwin sebelum hujung tahun.
Menerusi laman Twitter Hairie Othman sendiri, beliau menyebut yang pernikahan mereka telah selamat berlangsung pada 16 November 2012 yang lalu. Tahniah buat mereka.




credit to rotikaya

Penikahan Siti Fazurina dan Hyka

Pernikahan Siti Fazurina dan Hykal boleh dikatakan penuh dengan kontroversi.namun kita doakan perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. amin



 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner