Sunday, August 19, 2012

selamat hari raya

hai..salam adilfitri semua...alhamdulillah berkesempatan sekali lagi menyambut aidlfitri tahun ni..yg sedihnya raya pertama aku terpaksa kerja.tp xpe pagi2 dah kol mak mohon ampun..ckp ngan mak pun xlama..takut bertukar adegan air mata..huhu...

dikesempatan ni sy mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin ....

Friday, August 17, 2012

ramadhan terakhir

pejam celik pejam celik dah ramadhan terakhir..sekejap sgt masa berlalu ..tak terasa puasa tahun ni...minggu depan aku dah jadi isteri orang...xsangka secepat ni..
sedih kan...entah puasa kita kali ni diterima atau pun tak..ramadhan tahun depan belum tentu kita sempat merasa....

tahun ni, kali pertama raya jauh dari keluarga...setiap hari ada je kwn2 sekerja balik kg...sayu rasa hati...esok dah raya...tahun ni langsung xde persiapan raya..baju raya pun langsung aku tak beli..xde mood..org lain raya besok tapi aku kerja...hmm....

saya sendiri jugak..pilih tarikh kawen seminggu syawal..takpelah..ni lah pengorbanan kan..kdg2 dtg juga sayu hati..semua keluarga dah berkumpul kat rumah sekarang ni...tapi aku kat KL sorang2...mmglah tunang ngan bakal mertua ada sama..tapi suasana di KL ni faham2 jelah...

sebak...sebak..aku nak balik.....

HADIAH PERKAHWINAN PERTAMA DARI FARAH

selamat pagi...hari terakhir ramadhan aku masih lagi bekerja...time ni semua org dah kat kampung kan..ouchh...sgt sentap hati ni tau....masuk kul 10 tp pagi2 dah ada appointment dgn kwn aku..nama nya cik FARAH ZAHERA secantik namanya...

dah lama aku tak jumpa walaupun jarak rumah kami lebih kurang 15-20 minit...last kali aku jumpa time open house rumah dia tahun lps...apa boleh buat..semua org sibuk kan..

pagi2 farah dtg office aku..kitaorg jumpa kat parking lot...terharu sgt...belum kawen dah dpt hadiah dari farah...lama tak jumpa...klu tak disebabkan kerja mungkin sembang lama lagi kan farah..

seronok jumpa kwn2 lama ni..sume nak citer...untuk farah thanks byk2 untuk hadiah ko...wlpun tak buka lagi tapi aku tau mesti aku suka hadiah ko...huahuahua.....love u muaahh...


Tuesday, August 14, 2012

AYU RAUDHAH PULA KINI MEMILIH UNTUK BERHIJAB PENUH



Pelakon yang sedang meningkat naik populariti, Ayu Raudhah mengakui dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan mengenakan tudung secara drastik setelah selesai mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu.


Namun, keputusan itu hanya diketahui suaminya yang juga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha selepas dia pulang ke tanah air dan terus mengenakan hijab pada keesokan harinya.


Ayu Raudhah berkata, Zaquan yang pada mulanya agak terkejut selepas melihat imej dan penampilan barunya itu, namun dia akui gembira dengan penghijrahan tersebut.


"Sebenarnya niat untuk berhijrah sudah lama tertanam dalam diri saya dan selepas pulang daripada umrah, rasa itu semakin kuat dandengan tidak semena-mena, saya membuat keputusan yang drastik untuk mengekalkan hijab di kepala saya sama seperti mengerjakan umrah.


"Zaquan juga terkejut dengan perubahan saya, namun sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Bagaimanapun dia antara orang yang paling gembira dan kuat memberi sokongan kepada saya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.


Mengulas lanjut mengenai penghijrahannya, Ayu berkata hasrat untuk berhijrah itu turut dipengaruhi daripada lakonannya yang sebelum ini banyak memegang watak baik dan bertudung.


"Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah.


"Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut.


"Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah," luahnya yang lebih banyak memegang watak wanita bertudung dalam lakonannya.


Bercerita mengenai pengalamannya ke umrah kali ketiga selama 2 minggu itu, Ayu akui ianya sangat bermakna kerana dapat menjalani ibadah puasa di tanah suci Mekah.


"Meskipun cuaca di sana sangat panas iaitu sehingga 43 darjah selsius, namun saya sangat gembira kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah serentak dengan ibadah puasa kali ini,


"Biarpun agak letih kerana berpuasa tetapi saya berpuas hati kerana sudah 3 kali berpeluang berada di Tanah Suci Mekah," tambahnya lagi.

Friday, August 10, 2012

Shila Hamzah mahu kekal bertudung









Shila Hamzah, yang kini popular dengan lagu Patah Seribu, mula mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal bertudung.


Ketika dihubungi Sinar Harian Online , Shila berkata, dia mula mengenakan tudung pada awal Ramadan, tetapi apabila terlibat dengan beberapa penggambaran atau persembahan, beliau akan buka semula.Hasrat beliau, 22, untuk kekal bertudung terlaksana selepas diajak kekasihnya, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama peminatnya.


“Pada hari Sabtu lepas, saya ada terlibat dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Farah Fauzana tetapi ketika sampai di tempat penggambaran, saya membuka tudung.


“Pada saat itu, saya mula merasakan ada sesuatu yang kurang dan saya merasa tidak selesa apabila mengenakan tudung hanya sekadar suka-suka sahaja.


“Pada sebelah petang pula, Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya.


“Selepas bersiap, saya terus mencapai tudung dan pakai," katanya sambil menambah,


"bermula pada saat itu, saya telah berazam untuk kekal bertudung sampai bila-bila.


"Shila juga menyatakan hasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri.


“Ayah saya selalu berpesan pada saya, hidup ini adalah satu perjalanan. Solat itu penting bagi seorang Islam dan pelbagai ujian yang saya akan tempoh.


“Saya ingin memperbaiki hubungan saya dengan manusia dan juga dengan ALLAH,” jelas penyanyi ini.


sumber:sinar harian

Sunday, August 5, 2012

FINAL preparation

huh..baru smlm balik dari kampung...90% dah siap persiapan nak kawen. baru aku tau penatnya nak kawen..haha..

balik kampung aritu aku cuba siapkan 200 paper..diy ok..bayangkan kena lipat 200 pcs paper ribbon...kena stamp dekat paper bag..sampai nak pengsan aku ni....tu pun baru separuh..aku mintak adik2 aku kat rmh tolong sambung..haha..tulah sibuk nak wat sendiri..DIY katanya...

pastu ikut mak aku g beli makanan ringan dan gula utk doorgift..

pastu tambahan doorgift 60 buah yassin, lagi 200 kalendar mini dan 70 biji kipas tangah untuk vip guest ...yg ni kau beli 2 kotak je ..bagi utk pihak lelkai n kwn2 terdekat shj...

fitting baju pun dah,..cari mahkota pun dah...katil pun dah booked..apa lagi ek...rasanya dah takde pape..cuma satu je yg tinggal kasut untuk pihak lelaki yg belum beli2 lagi adoi..

tunang aku ni tak jumpa lagi kasut yg dia nak..aku tak tau lah kasut mcm mn yg dicari...takpe itu cerita lain...

ok nanti aku update lagi...ponat tak hilang lagi ni

Sunday, July 29, 2012

TAMBAHAN KALENDAR MINI UNTUK DOORGIFT









ari tu aku order 200pcs je ..kali ni aku order design lain sket...sbb yg ari tu cik tunang aku tak berkenan ..dia kata warna gelap sgt.http://itsme-nadyaarazak.blogspot.com/2012/06/doorgiftkalendar-mini-dah-sampai.html.hehe..tp yg ni aku suka..sweet sgt colour dia kan..


yg ni aku tambah order 200pcs lagi..saja aku tempah lebih..sbb kalendar ni org guna kan..


boleh kasi kwn2....ok tak????

Saturday, July 28, 2012

TANYA USTAZ:BERKONGSI MAS KAHWIN

Soalan:


assalamualaikum ustaz...


ustaz, saya ingin bertanyakan satu soalan berkaitan mas kahwin...dibeberapa negeri yang tidak ditetapkan nilai mas kahwin (terengganu dan kelantan), duit hantaran (yang jumlahnya ribuan ringgit) selalunya dijadikan mas kahwin. sekiranya duit untuk dijadikan mas kahwin tersebut dikongsi antara bakal pasangan suami isteri tersebut untuk mencukupkan jumlahnya, apakah hukumnya?..adakah sah pernikahan tersebut?

Jawapan :
Perkahwinan itu sah. Mas kahwin adalah hak isteri apabila sempurna akad. Jika mas kahwin itu dikongsi bersama, maka yang datang dari bakal isteri itu boleh dianggap sebagai hibah dari beliau atau boleh juga dianggap sebagai hutangnya kepada bakal suaminya. Jadi, ia bergantung kepada niat dan persetujuan bersama. Apa-apa pun yang membabitkan maskahwin ia tidak akan menjejaskan perkahwinan jika akad perkahwinan dilaksanakan dengan memenuhi rukun dan syarat-syaratnya.

Maskahwin bukanlah menjadi rukun dan syarat sahnya suatu perkahwinan, akan tetapi ia adalah kesan dari akad. Apabila sempurna akad, maka otomatik maskahwin menjadi milik isteri dan dikira hutang yang tertanggung atas suami. Jika telah ditentukan jumlahnya di dalam akad, maka jumlah itulah yang menjadi hak isteri. Jika tidak ditentukan di dalam akad, maka ia hendaklah dirujuk kepada mahar (maskahwin) misil.Wallahu a'lam.

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

KELUARGA BAHAGIA USTAZ AZHAR IDRUS


Ustaz Azhar Idrus mempunyai 6 orang anak dengan isterinya yang pertama, manakala seorang anak dengan isteri yang kedua. Untuk makluman korang juga, Ustaz azhar Idrus bakal menimbang cahaya mata yang ke-8 ( kiranya anak yang kedua dengan isterinya yang no.2. ) pada penghujung bulan ogos nanti.Kedua-dua isteri Ustaz ada facebook.







Untuk makluman korang semua, kedua-dua isteri UIA memakai niqab (rujuk gambar di atas) . Isteri pertama bernama Rogayah Binti sulong (gambar sebelah kiri) berumur 42 tahun. Manakala isteri kedua bernama Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor (gambar sebelah kanan) berusia 26 tahun.





Bagi yang nak mengenali isteri ustaz dengan lebih dekat lagi boleh la search FB keduanya iaitu FB Rogayah sulong dan FB Nisya Wan



CREDIT TO IDAH SALAM

Ryan Ziqry Anak ZED ZAIDI

Tahniah kepada Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, dan isterinya Natalia Mustafa Kamal, 29, atas kelahiran anak mereka. Baby tersebut yang diberi nama Ryan Ziqry lahir dengan berat 4.32 kilogram menerusi pembedahan.

Menurut Zed, jika mengikut kata isterinya, dia ingin bersalin secara normal namun atas nasihat doktor pembedahan terpaksa dilakukan kerana saiz bayi agar besar. Namun begitu, beliau tetap bersyukur kerana semuanya telah selamat tanpa sebarang masalah.

"Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Bagaimanapun saya bersyukur keadaan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi selamat," ujar Zed kepada media.

credit to myartis


SHILA HAMZAH BERTUDUNG DI BULAN RAMADHAN

sempena bulan ramadhan kali ini, shila hamzah mengambil pendekatan untuk memakai tudung,
sgt manis wajahnya bila memakai tudung kan. apa yg diharapkan pemakaian tudung shila bukan shj di bulan ramadhan tp hrp2 diteruskan dan kekal..


shila hamzah dan sharnaaz ahmad





























credit to myartis

Monday, July 23, 2012

PULUT KUNING GANTI KEK

maaf to all of u..sbb akhir2 ni cite psl bab kawen aje..hahaha..bukan apa dlm fikiran ni dh xde benda lain dh leh fikir skrg ni..selagi aku tak sah jadi bini org selagi tulah xabis cite psl kawen ni..aku sgt pening memikirkan semua ni..

skrg ni dlm dilema lagi..mak cik aku tak nak potong kek tapi nak ganti dengan pulut kuning...
i dont know wether that is a good idea or not..eh eh..ckp omputih plak..

bila majlis pun berkongsi..toleransi tu amat penting..honestly aku suka kalau ada kek perkahwinan..sbb bila bercerita je psl kawen mesti sinonim dgn kek..

ms zaman budak2 dulu..kalau gi majlis kahwin mesti tunggu pengantin potong kek...hehe....
bagi aku kek dan pengantin tak dpt dipisahkan...

ni tgh cari idea mcm mn nk hias pulut kuning nanti...sbb nanti kaum kerabat yg akan buat...sbb mak aku mmg terror wat pulut kuning tpi tang hias tu entah apa jadi..aku pasrah...mood:risau.....








Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM U OLLLLSSSS....

SELAMAT BERPUASA...ALHAMDULILLAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAH MULA BERPUASA PAGI NI...MOGA2 PUASA KITA HARI NI DAN SETERUSNYA DITERIMA ALLAH SWT..AMIN...

PAGI NI MASUK KEJE KUL 8..MATA NGANTUK..BANGUN SAHUR KUL 5AM TERUS GI KEJE...TAPI TAKPE NILAH DUGAAN DI BULAN PUASA KAN..BIASALAH DUDUK JAUH DARI KELUARGA..

KALAU KAT KG NI..BIASA PAGI2 SEMUA BERKUMPUL SAHUR SAMA2..RINDU SGT SUASANA TU..NI NAK NANGIS.....

MAK AKU TUKANG JAHIT..BIASANYA LPS SAHUR MAK AKU TERUS MULAKAN AKTIVITI MENGGUNTING KAIN CUSTOMER2 DIA..TIME TU AKU PUN TEMAN LAH MAK AKU BORAK SAMPAI LAH AKU TERTIDO...

PAGI NI BANGUN PAGI..SAHUR PUN DENGAN MAGGI JE..NAK MASAK TAK LARAT..SMLM SAMPAI RUMAH PUN DAN KUL 11.30PM...

RINDU..NAK BALIK KAMPUNG..HUKHUKHUK....

Thursday, July 19, 2012

Gambar Eksklusif Sekitar majlis persandingan FIQA GADIS MELAYU 2 & DATUK ZAINAL ABIDIN

sejak minggu lps...ramai betul yang search nama fiqa gadis melayu 2. dekat blog aku saja minggu ni dah beratus2 view..tiba2 naik balik nama gadis melayu ni kan..gara2 berkahwin dengan Datuk Zainal Abidin Osman. sape sangka jodoh dia dengan lelaki berusia..tapi takpelah jodoh dia...

disebabkan ramai sgt yg cari gambar perkahwinan diorang ni aku sambung balik post pasal fiqa ni...untuk majlis pernikahan diaorang korang bleh view balik entri ni http://itsme-nadyaarazak.blogspot.com/2012/07/gambar-eksklusif-sekitar-akad-nikah-dan.html

ni plak gambar sepanjang majlis resepsi FIQA GADIS MELAYU 2 & DATUK ZAINAL ABIDIN.



























CREDIT TO: sayangkudinadania.blogspot.com

Tuesday, July 17, 2012

Makna di sebalik Warna Busana Pengantin


WARNA BIRU
Menenagkan, sentiasa mengambil berat ttg org lain, dan cool. Biru melambangkan keamanan dan diraja. Si pengantin biru merupakan seorang yg berhati-hati, koservatif dan penyabar. Berunsur ketenangan, pesangan biru adalah setia dan memerlukan suasana tenang dan harmoni.

WARNA COKLAT / TANAH
Merupakan warna natural, neutral bumi. Coklat melambangkan seorang yg bertanggungjawab dan mempunyai kesihatan dan fizikal yg baik. Ia merupakan simbol menyenangkan dan kepuasan, juga kejujuran. Sesuai utk perkahwinan, coklat merupakan definsi realiti, bertanggungjawab dan teguh


WARNA PUTIH
Simbolik dgn kesucian dan murni, putih juga memberi definisi muda dan kesempurnaan. Pengantin yg memakai warna putih biasanya mencari kegemilangan dan perkahwinan yg bertakrif puncak kerana mereka mendefinisikan kesempurnaan tidak semestinya perlu berlebih-lebih. Less is more. Putih merupakan warna yg bukan saja melambangkan kebersihan malah memberi erti kata lain sbg permulaan hidup baru yg bakal dihiasi cinta dgn aman dan harmoni.











WARNA MERAH
Merupakan pilihan berani dan romantis, merah juga bersimbol aktif. Dilihat sbg bersmangat dan bercita-cita tinggi, merah juga merupakan simbol cinta dan marah. Walau ditakrifkan sbg kegembiraan, keraian atau kemewahan, merah mampu membangunkan kedua-dua spektrum emosi. Pasangan merah juga dikatakan optimis dan tidak pernah duduk diam, dan juga senang bergaul dgn mereka yg tidak complicated. Merah merupakan pilihan yg > garang. Dan mampu mempersembahkan pengantin yg bakal menarik perhatian ramai.













WARNA HIJAU



Warna-warnahijau menimbulkan unsur hidup, segar, alam dan kesuburan. Si pengantin hijau pastinya mengutamakan kesihatan dan alam. Sbg warna harmoni dan seimbang, hijau merupakan gabungan si kuning panas dan si biru sejuk. Merupakna warna yg menenangkan dan aman, pengantin hijau adalah seorang yg penyayang, juur dan bertanggungjawab.














WARNA MERAH JAMBU @ PINK



Lembut dan penuh kewanitaan. Merah jambu adalah evolusi jambu drpd merah. Dgn kelembutan yg ada, merah jambu mendefinisikan kesensitifan hati, yg sentiasa melindungi dan menyayangi. Pengantin perempuan yg mengabadikan merah jambu kelihatan penuh dgn sifat keibuan, yg sentiasa melindungi yg tersayang dgn sepenuh perhatian.


















WARNA HITAM



Dikatakan warna yg sgt konservatif kerana ia boleh disuai padan dgn pelbagai warna , terutamanya warna yg > terang dan lembut. Berpewatakan unggul dan misteri, hitam menimbulkan unsur seksi dan sofistikated dgn sedikit suntikn moden. Hitam juga memberi definisi klasik, tidak mengikut peredaran zaman. Sebagai pilihan yg menonjolkan erti mewah, hitam kelihatan elegan walau dlm zaman mana pun anda berada.






WARNA JINGGA
Spontan dan berani.si pengantin yg memilih jingga adalah merekayg sentiasa menonjol. Hal ini berlaku kerana jingga adalah warna terang yg mewakili kegembiraan dan mengikut peredaran fesyen. Si pemakai ingga biasanya seorang yg popular, sentiasa penuh dgn semangat dan mempunyai ramai kenalan. Warna si matahari, kuning jingga menimbulkan rasa gembira dan harapan. Memiliki karektor menyenangkan, tenaga dan humor. Si pengantin jingga biasanya memiliki personaliti yg optimis dan sentiasa kelihatan riang.



WARNA UNGU
Sentiasa dikaitkan sbg mewah @ diraja. Ungu ialah warna yg penuh emosi. Ia merupakan simbol hormat, bertolak ansur dan bernilai. Pengantin ungu violet cenderung tidak konvensional dan suka memerhati, serta punya pelbagai personaliti. Seorang yg bertolak ansur dan bijak, si penggemar unug sentiasa menerima layanan istimewa di mata masyarakat. Si penggemar lavender dan lilac pula dikatakan mempunyai fizikal yg menarik, pandai dan berbudi bahasa. Manakala si ungu gelap pula adalah seorang yg kreatif dan berbakat.






GAMBAR dari SALINA BRIDAL (amik gambar dia semua sbb make up and baju dia cantik)

Monday, July 16, 2012

PELAMIN SANDING KU



ha....nilah pelamin bersanding aku nanti...tetiba terjumpa plak pelamin ni kat one of blog...for korang punye info..aku sewa 2 pelamin..1 pelamin labu ala2 cinderella untuk akad nikah..dan 1 lagi pelamin yg atas ni untuk majlis bersanding,,,pelamin ni aku sewa dari TIARA IMPIAN kat kg padang lebam, bukit payong..org yg sama aku sewa pelamin time bertunang..owner dia kak zue kawan mak aku..jadi dptlah diskaun sket..huhu


korang rasa cantik tak...mak aku sgt berkenan dengan pelamin ni..tapi pelamin akad nikah aku sgt comel,,,tp sorry gambar takde..semua dlm hp...


mcm yg aku bagi tau sebelum ni..aku nanti bersanding serentak nagn mak cik aku...kak zue ckp mungkin pelamin akan dipasang seminggu sblm majlis..because that time dia busy sbb majlis anak dia sama tarikh ngan majlis kitaorg...


yg bezanya mungkin bunga pelamin akan bertukar kepada ungu putih ikut tema kitaorg...

SELSEMA OH SELSEMA

SOB SEK SOB SEK....TU LAH KEADAAN AKU SEKARANG NI...HARI NI GENAP SEMINGGU AKU SELSEMA..TIME KAT KG TU DAH START SAKIT TEKAK...START KEJE ESOKNYA...AKU KERJA DENGAN SUARA JANTAN..HAHAHA..

MUNGKIN ORG LAIN TAK KISAH TAPI TIDAK AKU..SBB SUARA ASET AKU..INGAT PENYANYI JER YG KATA SUARA ASET..AKU NI SKALI TAU...

KERJA PUN CUSTOMER SERVICE...BILA TAKDE SUARA MCM NI..TERTEKAN OOO...KESIAN CUSTOMER AKU...SSH NAK FAHAM APA AKU CKP..HAHAHA..DH JADI SENGAU PUN ADA..TIME LYN CUSTOMER PUN AKU SEMPAT LAGI TARIK HINGUS..YELAH ASYIK NAK MELELEH AJE...HIHIHI..

2 HARI SUARA TAK KLUAR..SMPI PEDIH JUGAKLAH TEKAK AKU NI DUK MELAYAN CUSTOMER..ADOOIII TERSEKSA

HARI NI SUARA DAH OK..TAPI HINGUS MASIH NAK MELELEH..AKU MLS LAH NAK GI KLINIK....SIKIT SJ....YG PASTI CUSTOMER AKU DAH HAPPY BALIK DENGAN LAYANAN AKU...HEHEHEHE...MOGA ESOK HINGUS NI DAH TAKDE...PENAT OO..ASYIK MENARIK AJE...KUENG KUENG KUENG

Sunday, July 15, 2012

TUTORIAL PAKAI SELENDANG

BALIK KAMPUNG MINGGU LPS MAK AKU CAKAP ADIK AKU SIBUK NAK BELI SELENDANG UNTUK HARI RAYA NANTI..KONON2 NAK PAKAI MCM HANA TAJIMA..
AKU PUN SOAL SIASAT ADIK COMEL AKU TU..DIA KATA "ADIK NAK PAKAI LILIT SELENDANG YG MCM ORG SEKARANG PAKAI..TAPI ADIK TAK RETI"...

AKU SURUH DIA CARI KAT INTERNET TP TULAH XRETI NAK CARI..KATANYA LAH..NI UNTUK ADIK TERCINTA KAKNGAH DAH GOOGLE KAN..SO CUBALAH..NANTI DAH PANDAI AJAR KAK NGAH PLAK...SBB KAK NGAH PUN XRETI....HUAHUAHUA...















 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner