Friday, December 25, 2009

ZIKIR HARIAN PENGUBAT HATI


JUMAAT : YA ALLAH – 1,000 KALI, ALLAH HAMPIR KEPADA KITA,ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMALIBADAH, TIDAK MALU TUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.

SABTU : LA ILAHA ILLAULLAH – 1,000 KALI, SENANG HATI, AMANDAN TENTERAM.
AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM – 1,000 KALI, ALLAH HIDUPKANKITA DAN BERI PELIHARAANNYA.

ISNIN : LA HAULA WALA QUATA ILLA BILLA HIL ALLIYYIL AZIM– 1,000 KALI, SATU KALIMAT UMPAMA SATU BUKIT UHUD. BANYAK KALISEBUT HILANGLAH SIFAT MENUNJUK-NUNJUK, KEJI, RIAK, TAKABUR,SAYANGKAN DUNIA DAN SEBAGAINYA.

SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMADDIN ABDIKA WARUSULIKA NABYIWA UMMIIYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASSALIM – 1,000 KALI,ALLAH AMPUNKAN DOSANYA SATU TAHUN (KALAU NAKPENDAK SELAWAT KEATAS NABI)

RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LA ILA HA ILLA HUALHAYYUL QAYYUM – 1,000 KALI, SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIKHITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA,JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG,KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADADALAM HATI KITA.

KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI, ALLAHAMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUHSATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURGA NANTI.

TeRiMa KaSiH



Inilah hadiah dari mereka yg telah menjadi sebahagian dari kenangan dalam idup aku kat PMINT...buat susah2 je...ini semua tak pernah aku harapkan...kenangan dari semua sdh cukup untuk aku mengingati kamu semua..apapun terima kasih byk2...tak pernah jangka..hehehe..

Tuesday, December 1, 2009

PMINT...SELAMAT TINGGAL





































































































hari ni genap sudah 2 hari aku abis praktikal..hari pertama janggal sgt...aku excited nk gi keje...nasib baik sdr balik...dah 6 bln...terlalu byk kenangan bersama mereka di PMINT terutamanya staff di bahagian kewangan...pada KAK DA, tima kasih byk2 sbb masukkan dan luluskan permohonan aku kat sini…trm kasih sbb ari2 tumpangkan aku pergi & balik keje…jasamu kan kukenang smpi akhir hayat.asebenarnya aku ni assistant kak da tau..assistant tak bertauliah time kak da nk parking CRV dia..haha..utk POK ROSID,supervisor yg happy go lucky, .. tima kasih atas tunjuk ajar..byk ilmu ditimba..kali pertama aku jumpa dia..mcm serius je..ckp pun segan2 lg…tp tak smpi seminggu dah huru hara…mcm2 cite kitaorg buka..ngumpat org pun ada…hihi…tima kasih skali lg ye pok rosid…mungkin dah susah ketemu lg..insan kedua teristimewa kat pmint ni…KAK ZA…kwn aku kat pmint…dialah org bahagian kewangan pertama aku jumpa…mula2 bila kak da cite kak za akan dtg jemput aku, risau jugak…manalah tau dtg dgn muka bengis ke….tp bila dia sampai lega hati aku…muda lg orgnya…takdelah seperti bayangan aku..hehe…spjg aku praktikal ni, aku takdelah sunyi sbb ada kak za..ada jugak aku kwn borak…tima kasih sbb jd kwn..kwn mkn…kwn window shopping…pasti kak za antara org yg aku rindu…I will miss u…RINA- kwn kedua yg rapat ngan aku kat PMINT..terima kasih juga atas kenangan yg kau beri…time aku tulis ni..rina ni budak t-gas kat pmint…masuk 2 minggu awal dr aku..kontrak 6 bulan je..ini pun geng ngumpat aku jgak..hahhaa...mintak maaf klu2 aku buat salah kat ko..DAN SEMUA YG MENGENALI AKU, bos,kak timah, kat sue,kat faiz, kak jah, kak yah, kak ya, kak shima,kak rosina,abg mi, en din, hj zali, en mat nor, suhaila, kak nah,en naza dan semua nama2 yg tak mampu aku sebut disini..tima kasih byk2…Aku pohon ampun dan maaf..doakan kejayaan aku..Terima kasih atas semuanya… terima kasih atas segalanya..Satu coretan dalam hidup yang takkan aku lupa sampai bila-bila..tempat aku bukan di sini.. jadi aku harus pergi..SELAMAT TINGGAL PMINT…..JUMPA LAGI..

Thursday, July 23, 2009

RAHSIA ZODIAK LELAKI

Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.

Taurus
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.

Gemini
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.

Cancer
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.

Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.

Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.

Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting

Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri

Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain

Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif

Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen

Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

Saturday, July 11, 2009

GENAP 16 HARI.....


Kata orang jaga orang tua 1 hari macam 1 tahun lamanya..tapi jaga budak 1 tahun macam 1 ari..tengok...cepatnya dhaifina membesar...baru 15 ari..tapi banyak perubahan...

Wednesday, July 1, 2009

DHAIFINA BATTRISYA..


NILAH ANAK SEDARE PERTAMA AKU..DHAIFINA BATTRISYA YNG LAHIR PADA 27 JUN 2009..

Wednesday, June 24, 2009

ST12-SAAT TERAKHIR click here for download


AIMAN-CINTA TERAKHIR


Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan cinta kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
C/o:
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya takdir dari Tuhan

MATAHARI-AGNES MONICA-click here for download


tertutup sudah pintu,
pintu hatiku yang pernah dibuka waktu,
hanya untukmu kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau *
berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci semua nada beranjak,
aku terdiam sepi **
dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu
repeat *
dengarkanlah kau matahariku
dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku

ST12-PUTUSKAN SAJA PACARMU(P.U.S.P.A)-click here for download

Kau gadisku yang cantik
Coba lihat aku disini
Di sini ada aku yang cinta padamu
Kau gadisku yang manis
Coba lihat aku disini
Di sini ada aku yang sayang padamu
Walau ku tahu bahwa dirimu
Sudah ada yang punya
Namun aku tunggu sampai kau mau
Woo woo jangan jangan kau menolak cintaku
Jangan jangan kau ragukan hatiku
Ku kan selalu setia menunggu
Untuk jadi pacarmu
Woo woo jangan jangan kau tak terima cintaku
Jangan jangan kau hiraukan pacarmu
Putuskanlah saja pacarmuLalu bilang I LOVE U padaku
Walau ku tahu bahwa dirimu
Sudah ada yang punya
Namun aku tunggu sampai kau mau
Woo woo jangan jangan kau menolak cintaku
Jangan jangan kau ragukan hatiku
Ku kan selalu setia menunggu
Untuk jadi pacarmu
Woo woo jangan jangan kau menolak cintaku
Jangan jangan kau ragukan hatiku
Ku kan selalu setia menunggu
Untuk jadi pacarmu

Monday, June 22, 2009

CUTE COUSIN..


adik sepupu aku yang ke 19...
nama dia DHIA HADHIRAH
lahir pada 14 mei lalu...

AL-FATIHAH...


Tanggal 05.05.2009....berakhirnya kenangan bersama bapa saudara tercinta. walau pemergian sudah kami sekeluarga jangka, namun tetap memberi tamparan hebat untuk kami.
Tepat jam 7.13 petang ayah chik ku menghembuskan nafas terakhir di hospital besar kuantan.
Deraian air mata ahli keluarga, tangisan anak-anak tercinta saat dikhabarkan doktor.

Mak menelefon aku supaya menyediakan segala kelengkapan untuk menerima ketibaan jenazah ke rumah di kuala terengganu.
8.15 malam, jiran-jiran dan sanak saudara mula bertandang. Tepat 1.10 pagi, saat hujan renyai, aku, dan ahli keluargaku yang lain 'menyambut ketibaan' ayah chik ku. kalau dulu dengan senyum tawa tapi malam itu senyum kami tawar. Kulihat atuk membuka kain menutupi wajah ayah chik ku..atuk mengucup lantas air matanya kulihat berjuraian. Aku sebak..itulah kali pertama dalam hidup, ku lihat air mata atuk. Bermula jenazah sampai, alunan ayat suci alquran bergema sehingga selamat dikafankan. Aku tak melepaskan peluang menghadiahkan bacaan ayat suci alquran buat kali terakhir.
Saat wajahnya bakal ditutup, kami sekeluarga diminta memberi kucupan terakhir. Saat ini, ahli keluargaku sekali lagi tak dapat menahan sebak. Air mata kami berjuraian , esak tangis seolah-olah tak mampu merelakan pemergiannya. Atuk ku orang paling lemah saat itu. Atukku hanya melihat dari jauh. Ayahku juga sama. Pada saat ini kulihat dua orang lelaki yang dikenali tegas dalam keluarga kami begitu lemah. Kulihat juraian air mata atuk dan ayahku..Ya Tuhan, sememangnya ini dugaan terhebat..Ayah chik, kau pasti kami rindu,..bersemadilah kau di sana...amin


Tuesday, June 16, 2009

OUR LAST MEMORY

kata orang kenangan adalah perkara termahal dalam dunia....

inilah saat-saat yang sempat dirakam..

sebelum kami membawa haluan masing-masing...

moga saat ini membawa kami kepada pertemuan yang lain...
29 april 2009























Thursday, June 4, 2009

STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH

SEBELUM DAN SELEPAS STADIUM RUNTUH














Friday, April 24, 2009

THE NEW ONE FROM ME...GAMBAR NI TIME BIRTHDAY AKU 21 APRIL 2009...

MAKAN TIME....HEHE

Wednesday, April 22, 2009

AKU PERGI DULU




























Assalamualaikum …..


untuk semua Rakan-rakan ku, sahabat-sahabat aku, kawan-kawan ku, dan insan2 istimewa hidup ku… esok aku akan akan meninggalkan satu tempat yang amat aku sayangi dan tidak akan lupa sampai bila2. Satu tempat yang mengajar aku pelbagai erti, pelbagai makna, pelbagai ragam dan pelbagai perasaan.. dan ia akan termaktub dalam hati kecil aku ini..4 tahun bagi aku sekejap sahaja, meniti dengan sekelip mata tetapiDi sini, aku ingin berkongsi rasa, berkongsi kata bersama anda sebelum aku berangkat pulang,kepulangan aku memang satu keputusan yang menyakitkan wlupun satu jangkaan,meninggalkan mereka-mereka yang tersayang..meninggalkan mereka-mereka yg ku anggap mcm keluarga sendiri.. meninggalkan suasana sejahtera yang x mungkin aku lupa.. meninggalkan segala-galanya..meninggalkan pahit manis bersama mereka..Aku ingat lagi pertama kali aku masuk Uum, aku pernah tanya diri aku ‘bagaimana nak hidup kt sini??”tapi sekarang aku pula susah nak lepaskan tempat ni..
Rakan-rakan ku, sahabat-sahabat aku, kawan-kawan ku…Aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.. mungkin kita susah bertemu lagi.. tapi handset kan ada dan ia tetap menjadi perhubungan hidup kita sampai bila-bila k.. Terima kasih atas segalanya..
Insan2 istimewa ku.. azrina- I Love u so muccchh!! Terima kasih sbb sudi jadi roommate aku selama 4 tahun..aku pasti akan rindu time kita gelak gurau senda..yg paling best time kita mengumpat org…time mkn, tangan sampai kering baru gi basuh.pastu borak sampai ke pagi time hujung minggu…haha..tima kasih atas segala2nya…kaulah bank aku time mak aku lmbt masuk duit..hehe..kau memberi pelbagai rasa, warna, erti dalam hidup aku.. segala kata2 kau, ajaran kau, makian kau, nasihat kau, gurauan kau, senyuman kau aku dah simpan elok2 dlm hati ni.. terima kasih.. i love u so much..i’ll miss u.. farah- terima kasih juga atas rasa yang kau beri.. aku hargai.. selain roommate aku, kau org kedua jd kwn aku sejak kali pertama aku jejak kaki kat universiti..aku ingat lg..ko tanya aku, nanti perjumpaan nanti kita gi sama-k.awak tunggu saya ye..~, smpilah aku antar kau pergi pada hari terakhir time parent ko dtg jemput..inilah satu ketentuan., satu takdir. aku terima.. isma, semester ke 8, ko ikut jejak langkah kitaorg bertiga extend satu sem lagi..buat pertama kali di sini aku ingin mengaku yang aku sayangkan kau….wlpun kita rapat dah akhir pengajian..namun aku nk kau tau kau juga setaraf ngan kwn2 aku yg lain di sisi aku..minta maaf jugak ndai ada terlanjur kata spjg aku bersama kau…ira-kau satu2satunya kwn matrikulasi aku yg masih ada…kenangan paling manis time kita ngan linda buat KP sama2..time tu lah baru kita knl sape kwn sape lwn..ira, tima kasih sbb jadi slh sorang best friend aku kat uum..kau juga 1 coretan yg takkn kuhapuskan begitu saja.. ieta..kwn st john aku, 3 tahun aku lepak kat bilik ko..aku knl kwn2 ko..esah, zura, zira dan lain2…kat bilik ko lah tmpt aku lpskan tension..tension ngan study..tension ngan kwn2, tiada apa yang perlu aku katakan lagi..terima kasih atas segala2nya..tahun ke 4, idup aku kosong slps ko pergi..takde lg port aku lepak..rindu ko sgt2..tima kasih sbb jd tmpt aku meluahkan sume rasa..sedih..marah..gembira… DAN SEMUA yang mengenali aku.. aku tidak berdaya utk tulis semua tapi percayakan aku yang aku xkan lupa kamu semua.
Aku pohon ampun dan maaf..doakan kejayaan aku..



Terima kasih atas semuanya… terima kasih atas segalanya..Satu coretan dalam hidup yang takkan aku lupa sampai bila-bila..
Rakan-rakan ku, sahabat-sahabat aku, kawan-kawan ku, , insan2 istimewa hidupku….. ,tempat aku bukan di sini.. jadi aku harus pergi..
AKU PERGI DULU……



NI LAH ROOMMATE AKU...





JEMPUT MAKAN...

Thursday, April 16, 2009

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.



2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.



3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.



4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.



5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itumenjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.




artikel dipetik dari tentang cinta.com

Keistimewaan Wanita


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
petikan dari alang:tentangcinta.com

Wednesday, April 15, 2009

pengapit time adik aku kawin


PERSANDINGAN ARNI NAZIRA

gambar ni aku amik dari fazrien photographer terengganu...gambar dia amik sume lawa-lawa..nanti kalau aku kawin aku nak dia amik gambar aku..berangan...hehe










JIKA KU TAK BANGUN ESOK PAGI


Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati dirimu amat kucintai
Andainya dihimpit kesusahan sujud dan mohon pada Tuhan

agar diberikan bimbingn meniti hidup bersendirian
Bila terasa sejuk

pejamkan mata bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu

pejamkan mata kita bersua dalam lena
Klu ada yg sudi menggganti

sayang lepaskanlah ku pergi
Kenang sayang teristimewamu
berhak untuk dicinta dalam hidup..
Syg, tiada apa yg kekal dalam dunia ini
Namun yang pasti jika kutiada nanti
Cintaku kan kekal abadi
Kuberharap kau takkan lupa mengiringkan bekalan doa
Kita jumpa lagi disana nanti
Jika ku tak bangun esok pagi



Tuesday, April 14, 2009

20 PERKARA YANG MEMBUATKAN WANITA MEMBENCI LELAKI


1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONGI

tu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOKI
ni satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner