Tuesday, December 24, 2013

FIFFY NATASHA BERTUNANG

Tahniah kepada pelokon remaja comel Fiffy Natasha dan pasangan. Fiffy telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu seorang juruterbang MAS bernama Muslim Azman. 


"Saya mula mengenali Muslim Azman yang bertugas sebagai juruterbang MAS sejak setahun yang lalu dan lantas mengambil keputusan untuk terus bertunang. 

"InsyaAllah kami merancang untuk berkahwin dalam dua tahun lagi tetapi tengoklah keadaan juga. Jika okay dan semuanya sudah bersedia, semuanya akan dipercepatkan," ujarnya dipetik sebagai berkata 


"Kami juga mengundang lebih kurang 200 orang tetamu untuk majlis pertunangan ini. Apa pun, doakan yang terbaik buat saya dan Muslim dan semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin," katanya. 

Tambah Fiffy lagi, mereka mula berkenalan apabila Muslim mula menyapanya di laman Twitter. Sejak itu, persahabatan mereka bertambah erat sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk bertunang. 



0 KORANG RASA MCM MN????:

 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner