Tuesday, June 19, 2012

mimpi mayat

huhu..minggu lps aku ada cite kat korang aku mimpi mengandung kan..mimpi mengandung kemungkinan dpt rezeki yg tak terduga...3 hari aku mimpi, kwn yg berhutang dgn aku pulangkan balik duit rm600...alhamdulillah...bulan ni aku sengkek mana nak kena byr kereta kat bengkel mana nak kena byr hutang ..gaji pulak ciput je bln ni...tiba2 dpt rezeki bergolek..alhamdulillah...syukur...

ha..mlm tadi aku mimpi jumpa mayat plak..punya lah banyak mayat tu..aku mimpi aku nak balik rumah..tapi disbbkan air pantai kat kampung aku melimpah2 terpaksa aku naik perahu balik rumah( klu realiti mmg tak logik..hahaha). ok sambung..dlm perjalanan naik perahu kiri kanan aku punyalah banyak mayat2 terapung....takut gile wei...kussss semangat..pagi ni apa lagi google lah...tp ingat jgn percaya ye kwn2 ..kalau betul pun anggap sahaja kebetulan...

ni hasil dari google aku:

Mimpi melihat mayat = Akan mendapatkan suatu keberuntungan.( kalau brtul alhamdulilah)

Mimpi memakan mayat = Akan memperoleh keuntungan yang tidak terduga.

Mimpi menemui mayat = Akan mendapatkan rezeki yang luar biasa..( kalau brtul alhamdulilah)



tambahan:


Menurut Islam karangan Imam Muhammad Ibnu Sirin"
Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur (gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak bermula jam 1 pagi sehingga 4 pagi sebelum waktu subuh. Mimpi yang baik juga adalah mimpi semasa tidur sebentar sebelum masuk waktu zohor .(Sunnah Rasulullah S.A.W. yang menyarankan agar kita tidur sebentar sebelum masuk waktu solat zohor dipanggil qailulah)
Setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah S.W.T, kita perlu berserah kepada Qadak dan Qadar Allah S.W.T , kerana Dia saja yang Maha Mengetahui. Wassalam.


2 KORANG RASA MCM MN????:

Unknown said...

So lepas mimpi mayat tu..ada terjadi apa2?i mean dpt harta ke?saya bru mimpi mayat semalam..sila share

Unknown said...

Man kodiang, alhamdulillah takde benda buruk or Benda pelik2 berlaku. Cuma mainan tidur kot.huhu

 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner