Friday, April 6, 2012

perkahwinan anak rozita(sendayu tinggi) & shahida (model sunsilk)

diorang dah lama kawin..sj aku letak....





Thursday, April 5, 2012

TUTORIAL MAKE UP MATA





Mata elemen paling penting time make up...basic make up pun kalau boleh pakai maskara...ni google punya google jumpa lah gak 1 tutorial ni..ringkas sahaja....jom kita cuba






Fazreen Rafi dan syarifah marlina asyikin







Wednesday, April 4, 2012

KELUARGA BAHAGIA ARTIS DAN PERSONALITI

wardina safiyyah dan keluarga bahagianya



Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Wan Akasyah



dato' dr fadzilah kamsah


aidid ,norzie dgn anak2

nampak makin bahagia arnie dgn keluarganya




eizlan dan isteri Vie Shantie with anak2... Vie Zaara n Zareef Yusof


Zul dan Siti Raihan berkahwin pada Disember 2007. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arissa Qaisara, 3, Akil Qayim, 2, dan Ariana Qalesya yang berusia lapan bulan

Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Anati









WARKAH UNTUK MAK...RUSNANI BT JUSOH



mak...
apa khabar???
mak sihat? kak ngah harap mak sihat disamping ayah dan adik2 kat rumah..
kakngah kat sini alhamdulillah..
sihat disamping tunang tersayang...

mak..
kakngah rindu kat mak..
baru 2 bulan lps kak ngah balik Kampung tapi rindu dah tak tertanggung..
baru semalam kakngah call mak tapi rasannya dah setahun...

kurang 5 bulan lagi kakngah dah nak jadi isteri orang..
kakngah takut tak mampu jadi isteri sebaik mak..
jadi isteri sesabar dan tetaat mcm mak..
tapi kakngah janji akan jadi isteri terbaik mcm mak...
amin..

mak..
kakngah takut melalui hidup tanpa mak..
jadi isteri org maknanya keutamaan bukan lagi mak..
kalau nak jumpa mak perlu izin suami..
kalau nak balik kampung juga dengan izin suami..
kerana waktu itu kakngah sepenuhnya di bwh tanggungjawab suami..

mak..
terima kasih kerana besarkan kakngah..
terima kasih untuk kasih syg mak..
terima kasih untuk segala2nya

mak..
kakngah tau bukan senang jadi mak..
bukan senang nak serahkan tanggungjawab..
sbb kakngah tau mak risau takut bakal suami kakngah tak mampu jaga sesempurna mak..

mak..
jgn risau ye..
insyallah kakngah dah pilih bakal suami terbaik untuk galas tanggungjawab ayah dan mak..
dan kakngah janji akan cuba jadi isteri yg baik di mata suami
kakngah nak buktikan inilah hasil didikan dan asuhan ayah dan mak..
2-3 ari nanti insyaallah kakngah balik kampung..
jumpa kat sana ye mak..

salam syang...
anak mak-kakngah

DOA UNTUK IBU BAPA



Tuesday, April 3, 2012

HERO MALAYA-AARON AZIZ DAN ADI PUTRA


bertuahnya jadi wanita dalam hidup lelaki yang jadi dambaan wanita seluruh malaysia kan...i jelesss tau..hahaha...bagi aku arron aziz dan adi putra adalah artis lelaki paling hot masa kini...aku tak boleh lupakan lakonan mereka dalam tentang dhia dan ombak rindu..bila tgok je aku bygkan nora danish dan izzah tu jadi aku.. hAHAHAHHAHA..JGN MARE NOOO ...kat bawah ni aku google gambar isteri arron aziz dan isteri adi putra....






cincin emas

hmm...mlm tadi aku mimpi pasal cincin emas...dtg keje pun asyik fikir apa maksud mimpi aku...smpi office terus google..huhu..mlm tadi aku mimpi..aku beli sebentuk cincin emas dgn harga lebih kurang rm300 ++..aku beli cincin tu semata2 nak hadiah kan pada kwn aku..sbb dlm mimpi tu aku dan kwn2 aku berada dlm satu majlis...setiap org mesti bw satu hadiah..aku kena bagi hadiah pada kwn yg aku cabut kertas yg tertulis namanya...dan ketika tu aku membeli sebentuk cincin emas tanpa permata..aku suka sgt cincin tu..tapi aku berbelah bagi sama ada nk tukar hadiah lain dan bagi pd kwn aku atau aku bagi jugak cincin yg aku dah beli tu..kwn2 aku yg lain semua beli hadiah biasa2 je..aku sorang yg beli hadiah paling mahal..sebentuk cincin yg berharga rm300 lebih..dan last skali aku hadiahkan jugak cincin tu pada kwn aku..sbb niat aku dari awl mmg nak hadiahkan kwn aku..walaupun hati aku berat..lps aku tgok cincin tu puas2 aku bagi pada kwn aku..sbb aku fikir bila niat nak bagi orang...tak baik ambil balik..kwn aku terkejut bila aku hadiahkan cincin emas..

yg buat aku terfikir sbb ada yg ckp mimpi cincin ni ada yg elok ada yg tak elok..bila google ni lah antar jawapan yg aku jumpa;;

MIMPI CINCIN

-Mimpi melihat cincin dan orang yang membuatnya serta ukirannya, bererti keadaan orang yang membuat cincin itulah yang ditakwil, sama ada baik atau buruk


-Mimpi diberikan cincin, kemudian orang yang memeberi berkata “Pakailah cincin ini!” bererti, jika sesuai dia akan menjadi penguasa, jika kaya bertambah hartanya, jika di dalam peperangan bererti mendapat pertolongan
-Mimpi penguasa memberinya cincin, bererti mendapatkan sesuatu daripada penguasa buat dirinya atau keluarganya

Mimpi cincinnya hilang bererti ada aib pada pekerjaan dan urusannya

-Mimpi cincinnya patah dan jatuh permatanya, bererti hilang kedudukannya dan martabatnya

-Mimpi memberikan cincinnya kepada orang, bererti memberikan sebahagian kecil hartanya kepada orang

-Mimpi menjual cincinnya lalu megambil wangnya, bererti menjual sebahagian hartanya dan wangnya disimpan
-Mimpi cincin penguasa hilang, bererti kekuasaanya hilang
-Mimpi merasa tidak tertarik pada model pembuatan cincinnya, bererti hilang sebahagian hartanya dan penguasa marah kepadanya
-Mimpi cincinnya diperbuat daripada emas, bererti seluruh harta yang dimilikinya makruh hukumnya (dibenci) dan haram. Jika cincinnya diperbuat daripada perak, bererti semua miliknya halal dan baik. Jika diperbuat daripada besi, bererti semua yang dimiliki rendah mutunya
-Mimpi di jarinya ada cincin diperbuat daripada besi, bererti kuat dan kaya. Jika diperbuat daripada tembaga, bererti mendapat manfaat daripada orang yang dihina.
-Mimpi menyerahkan cincin kepada orang sebagai amanah, atau memberikan cincin kepada orang, lalu cincin itu dikembalikan semula kepadanya, bererti dia melamar seorang perempuan tetapi lamarannya itu ditolak
-Mimpi memutuskan cincinnya menjadi dua bahagian, bererti terjadi perpisahan antara dia dan keluarganya
-Mimpi menemui dua bentuk cincin dengan dua permata yang sama antara satu dengan yang lain, bererti memperolehi kemuliaan dan lancar berbagai urusannya. Jika keduanya berbeda, bererti berbuat zina. Jika salah satu jatuh dan yang satu masih ada, bererti yang satu itu bertaubat.
-Mimpi pada jarinya ada cincin yang biasanya tidak di pakai dalam waktu jaga, bererti memperolehi kekuasaan dan kekuatan atau mengahwini seorang perempuan lalu memperolehi anak yang diberkati
-Mimpi mempunyai cincin lalu dipakai kemudian bertambah berwibawa, bererti memilih sesuatu yang belum pernah dimiliki sama sekali
Mimpi memakai cincin diperbuat daripada perak, bererti dikurniai anak perempuan
-Mimpi permata cincinnya berwarna merah, bererti mempunyai anak yang rosak. Jika warnanya hitam, bererti anaknya tetap rendah dan miskin
-Mimpi menemui cincin sedangkan dia dalam masjid, atau sedang solat atau sedang berperang, bererti mempunyai seorang perempuan yang menjaga agamanya; jika pedagang bererti keuntungan.
-Mimpi membeli cincin daripada emas seperti umumnya cincin biasa, tidak kurang dan tidak lebih, bererti mendapat sesuatu yang tidak disenangi dalam agama
-Mimpi cincinnya dihias dengan zabarjad, bererti panjang usianya
Mimpi memakai cincin atau menyimpannya dan dihiasai dengan permata yaqut, bererti dikurniai anak perempuan tetapi mati dengan cepat

-Mimpi dijari tangannya ada cincin yang mempunyai permatanya, tetapi terlepas atau pecah, bererti menceraikan isterinya
-Mimpi mempunyai cincin dengan dua biji permata, yang satu di sebelah luar dan yang satu lagi di bahagian dalam, keduanya sama bentuk, bererti mempunyai kekuasaan lahir dan batin
IKAT PINGGANG LOGAM

-Mimpi memakai ikat pinggang bukan untuk hiasan, bererti memperolehi anak lelaki atau pembantu. Jika untuk hiasan (agar lebih baik) bererti memperolehi wang atau anak yang menjadi ketua keluarga
-Mimpi memakai ikat pinggang lebih daripada satu, bererti lebih baik, dan lebih kuat
-Mimpi memakai ikat pinggang dengan banyak sekali, sehingga tidak mampu membawanya, bererti panjang usianya
-Mimpi diberi ikat pinggang, bererti mendapat wang, anak dan usia yang panjang
-Mimpi berusaha memakai ikat pinggang, bererti pergi dalam rangka menjalankan perintah penguasa, kemudian memperoleh kedudukan dan martabat tinggi
-Mimpi diberi ikat pinggang kemudian diikatkan, bererti telah berakhir usianya atau mati. Jika dihias dengan emas, bererti banyak melakukan jima’ atau bersetubuh
-Mimpi melihat ikat pinggang lalu diambil dengan tangan kanannya, bererti pergi. Jika diambil dengan tangan kiri, bererti kekuasaan. Jika dihias dengan permata takwilnya lebih kuat

Wallahu'alam

Monday, April 2, 2012

SYARIFAH NUR DAN FARAH ADEEBA

antara pengacara yg aku minat adalah sharifah nur ngan farah adeeba..mula2 dulu aku ingat diorg ni adik beradik..aku suka tgok diorng...cantik sgt2 kan,..dua2 pandai bergaya..bila pakai tudung terletak cantik je atas kepala..pernah juga aku cuba pakai..tp tunang aku tak suka dia kata mcm flower horn..hahahhahaaa...aku pun tgok mcm tak sesuai je...entah bila la dpt pakai tudung mcm ni...














suka sgt tgok warna tudung ni,,,








suka tgok farah,..semua nampak elok aje kan


kat bwh ni gambar time syarifah nur kawin ..tapi yg farah adeeba aku dah google,,tapi xde :-(





























BAIZURA KAHAR









ingat lagi tak dengan baizura kahar..sejak selamat menjadi isteri pada november 2010..baizura mengambil keputusan terus bertudung litup..cantik dia kan..dia punya senyuman tu sgt mahal

Sunday, April 1, 2012

SELESAI SUDAH KURSUS KAHWIN

alhamdulliah....selesai sudah kursus kahwin...31/3 dan 1/2/202 bertempat di masjid at-takwa taman tun dr ismail...selama satu hari setengah buat aku tak puas...sgt2 seronok..Aku bygkan kursus kawen ni bosan..tapi sebenarnya tak..klu lah kursus kawen ni free aku rasa tiap2 minggu aku pergi..seronok blaja ilmu agama ni.,ustaz2 semua kelakar..tak pernah satu slot pun wat aku mengantuk..ketawa smpai nak pecah perut...kdg2 aku terfikir..dlm aku bergelak2 bersediakah aku bergelar seorang isteri sebenarnya..kadang2 apa yg ustaz ckp buat aku takut...kdg2 benda kecik tapi boleh menjadikan kita seorang isteri derhaka..nauzubillah...

Ustaz,bagi perumpamaan..klu waktu subuh suami kita ssh bangun..lps tu kita tolak kepala suami kita dgn kasar atau dgn cara yg tak sepatutnya untuk kejutkan suami..sape yg masuk neraka dulu...ustaz ckp isteri yg masuk neraka...sbb dia derhaka pada suami..suami pun masuk jugak tapi lambat sket( ustaz gelak)..aku pun gelak tp dlm hati sebut YA ALLAH...benda sekecik tu pun boleh bawa kita ke neraka..

ustz buat perumpamaan lagi...klu suami suruh buat milo tapi kita buat tea...adakah berdosa?????????korang rsa mcm mana?? ustaz ckp sudah tergolong dlm isteri yg nusyuz...tak ikut perintah suami....besarnya kuasa suami...ustaz ckp..apa2 hal dahulukan suami..wlpun kita masih ada mak ayah..walaupun kita syg gile kat mak ayah..wlupun kita xsanggup tinggalkan mak ayah..wlpun mak ayah dah berkorban lebih besar dr apa yg suami bagi ..tapi keuatamaan masih kepada suami..berkorbanlah...sbb kita dah bersuami...

kdg2 buat aku sedih...membayangkan waktu akad nikah yg tak smpi 5 bln lagi..yakni waktu pelepasan tanggungjawab ayahaku kpd bakal suami aku pun dah cukup buat aku sebak..apatah lagi klu waktu akad nikah nanti..bukan senang nk jadi seorang isteri...kdg2 aku sedih..aku blum puas lagi bermanja dgn mak ayah...dah nk jadi isteri org....

AKAD NIKAH NURUL SYUHADA NURUL AIN







MAJLIS PERKAHWINAN ALLY ISKANDAR & FARAH LEE













 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner