Friday, August 17, 2012

ramadhan terakhir

pejam celik pejam celik dah ramadhan terakhir..sekejap sgt masa berlalu ..tak terasa puasa tahun ni...minggu depan aku dah jadi isteri orang...xsangka secepat ni..
sedih kan...entah puasa kita kali ni diterima atau pun tak..ramadhan tahun depan belum tentu kita sempat merasa....

tahun ni, kali pertama raya jauh dari keluarga...setiap hari ada je kwn2 sekerja balik kg...sayu rasa hati...esok dah raya...tahun ni langsung xde persiapan raya..baju raya pun langsung aku tak beli..xde mood..org lain raya besok tapi aku kerja...hmm....

saya sendiri jugak..pilih tarikh kawen seminggu syawal..takpelah..ni lah pengorbanan kan..kdg2 dtg juga sayu hati..semua keluarga dah berkumpul kat rumah sekarang ni...tapi aku kat KL sorang2...mmglah tunang ngan bakal mertua ada sama..tapi suasana di KL ni faham2 jelah...

sebak...sebak..aku nak balik.....

HADIAH PERKAHWINAN PERTAMA DARI FARAH

selamat pagi...hari terakhir ramadhan aku masih lagi bekerja...time ni semua org dah kat kampung kan..ouchh...sgt sentap hati ni tau....masuk kul 10 tp pagi2 dah ada appointment dgn kwn aku..nama nya cik FARAH ZAHERA secantik namanya...

dah lama aku tak jumpa walaupun jarak rumah kami lebih kurang 15-20 minit...last kali aku jumpa time open house rumah dia tahun lps...apa boleh buat..semua org sibuk kan..

pagi2 farah dtg office aku..kitaorg jumpa kat parking lot...terharu sgt...belum kawen dah dpt hadiah dari farah...lama tak jumpa...klu tak disebabkan kerja mungkin sembang lama lagi kan farah..

seronok jumpa kwn2 lama ni..sume nak citer...untuk farah thanks byk2 untuk hadiah ko...wlpun tak buka lagi tapi aku tau mesti aku suka hadiah ko...huahuahua.....love u muaahh...


Tuesday, August 14, 2012

AYU RAUDHAH PULA KINI MEMILIH UNTUK BERHIJAB PENUH



Pelakon yang sedang meningkat naik populariti, Ayu Raudhah mengakui dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan mengenakan tudung secara drastik setelah selesai mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu.


Namun, keputusan itu hanya diketahui suaminya yang juga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha selepas dia pulang ke tanah air dan terus mengenakan hijab pada keesokan harinya.


Ayu Raudhah berkata, Zaquan yang pada mulanya agak terkejut selepas melihat imej dan penampilan barunya itu, namun dia akui gembira dengan penghijrahan tersebut.


"Sebenarnya niat untuk berhijrah sudah lama tertanam dalam diri saya dan selepas pulang daripada umrah, rasa itu semakin kuat dandengan tidak semena-mena, saya membuat keputusan yang drastik untuk mengekalkan hijab di kepala saya sama seperti mengerjakan umrah.


"Zaquan juga terkejut dengan perubahan saya, namun sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Bagaimanapun dia antara orang yang paling gembira dan kuat memberi sokongan kepada saya," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.


Mengulas lanjut mengenai penghijrahannya, Ayu berkata hasrat untuk berhijrah itu turut dipengaruhi daripada lakonannya yang sebelum ini banyak memegang watak baik dan bertudung.


"Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah.


"Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut.


"Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah," luahnya yang lebih banyak memegang watak wanita bertudung dalam lakonannya.


Bercerita mengenai pengalamannya ke umrah kali ketiga selama 2 minggu itu, Ayu akui ianya sangat bermakna kerana dapat menjalani ibadah puasa di tanah suci Mekah.


"Meskipun cuaca di sana sangat panas iaitu sehingga 43 darjah selsius, namun saya sangat gembira kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah serentak dengan ibadah puasa kali ini,


"Biarpun agak letih kerana berpuasa tetapi saya berpuas hati kerana sudah 3 kali berpeluang berada di Tanah Suci Mekah," tambahnya lagi.

 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner