Saturday, July 28, 2012

Ryan Ziqry Anak ZED ZAIDI

Tahniah kepada Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, dan isterinya Natalia Mustafa Kamal, 29, atas kelahiran anak mereka. Baby tersebut yang diberi nama Ryan Ziqry lahir dengan berat 4.32 kilogram menerusi pembedahan.

Menurut Zed, jika mengikut kata isterinya, dia ingin bersalin secara normal namun atas nasihat doktor pembedahan terpaksa dilakukan kerana saiz bayi agar besar. Namun begitu, beliau tetap bersyukur kerana semuanya telah selamat tanpa sebarang masalah.

"Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Bagaimanapun saya bersyukur keadaan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi selamat," ujar Zed kepada media.

credit to myartis


0 KORANG RASA MCM MN????:

 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner