Tuesday, July 17, 2012

Makna di sebalik Warna Busana Pengantin


WARNA BIRU
Menenagkan, sentiasa mengambil berat ttg org lain, dan cool. Biru melambangkan keamanan dan diraja. Si pengantin biru merupakan seorang yg berhati-hati, koservatif dan penyabar. Berunsur ketenangan, pesangan biru adalah setia dan memerlukan suasana tenang dan harmoni.

WARNA COKLAT / TANAH
Merupakan warna natural, neutral bumi. Coklat melambangkan seorang yg bertanggungjawab dan mempunyai kesihatan dan fizikal yg baik. Ia merupakan simbol menyenangkan dan kepuasan, juga kejujuran. Sesuai utk perkahwinan, coklat merupakan definsi realiti, bertanggungjawab dan teguh


WARNA PUTIH
Simbolik dgn kesucian dan murni, putih juga memberi definisi muda dan kesempurnaan. Pengantin yg memakai warna putih biasanya mencari kegemilangan dan perkahwinan yg bertakrif puncak kerana mereka mendefinisikan kesempurnaan tidak semestinya perlu berlebih-lebih. Less is more. Putih merupakan warna yg bukan saja melambangkan kebersihan malah memberi erti kata lain sbg permulaan hidup baru yg bakal dihiasi cinta dgn aman dan harmoni.











WARNA MERAH
Merupakan pilihan berani dan romantis, merah juga bersimbol aktif. Dilihat sbg bersmangat dan bercita-cita tinggi, merah juga merupakan simbol cinta dan marah. Walau ditakrifkan sbg kegembiraan, keraian atau kemewahan, merah mampu membangunkan kedua-dua spektrum emosi. Pasangan merah juga dikatakan optimis dan tidak pernah duduk diam, dan juga senang bergaul dgn mereka yg tidak complicated. Merah merupakan pilihan yg > garang. Dan mampu mempersembahkan pengantin yg bakal menarik perhatian ramai.













WARNA HIJAU



Warna-warnahijau menimbulkan unsur hidup, segar, alam dan kesuburan. Si pengantin hijau pastinya mengutamakan kesihatan dan alam. Sbg warna harmoni dan seimbang, hijau merupakan gabungan si kuning panas dan si biru sejuk. Merupakna warna yg menenangkan dan aman, pengantin hijau adalah seorang yg penyayang, juur dan bertanggungjawab.














WARNA MERAH JAMBU @ PINK



Lembut dan penuh kewanitaan. Merah jambu adalah evolusi jambu drpd merah. Dgn kelembutan yg ada, merah jambu mendefinisikan kesensitifan hati, yg sentiasa melindungi dan menyayangi. Pengantin perempuan yg mengabadikan merah jambu kelihatan penuh dgn sifat keibuan, yg sentiasa melindungi yg tersayang dgn sepenuh perhatian.


















WARNA HITAM



Dikatakan warna yg sgt konservatif kerana ia boleh disuai padan dgn pelbagai warna , terutamanya warna yg > terang dan lembut. Berpewatakan unggul dan misteri, hitam menimbulkan unsur seksi dan sofistikated dgn sedikit suntikn moden. Hitam juga memberi definisi klasik, tidak mengikut peredaran zaman. Sebagai pilihan yg menonjolkan erti mewah, hitam kelihatan elegan walau dlm zaman mana pun anda berada.






WARNA JINGGA
Spontan dan berani.si pengantin yg memilih jingga adalah merekayg sentiasa menonjol. Hal ini berlaku kerana jingga adalah warna terang yg mewakili kegembiraan dan mengikut peredaran fesyen. Si pemakai ingga biasanya seorang yg popular, sentiasa penuh dgn semangat dan mempunyai ramai kenalan. Warna si matahari, kuning jingga menimbulkan rasa gembira dan harapan. Memiliki karektor menyenangkan, tenaga dan humor. Si pengantin jingga biasanya memiliki personaliti yg optimis dan sentiasa kelihatan riang.



WARNA UNGU
Sentiasa dikaitkan sbg mewah @ diraja. Ungu ialah warna yg penuh emosi. Ia merupakan simbol hormat, bertolak ansur dan bernilai. Pengantin ungu violet cenderung tidak konvensional dan suka memerhati, serta punya pelbagai personaliti. Seorang yg bertolak ansur dan bijak, si penggemar unug sentiasa menerima layanan istimewa di mata masyarakat. Si penggemar lavender dan lilac pula dikatakan mempunyai fizikal yg menarik, pandai dan berbudi bahasa. Manakala si ungu gelap pula adalah seorang yg kreatif dan berbakat.






GAMBAR dari SALINA BRIDAL (amik gambar dia semua sbb make up and baju dia cantik)

0 KORANG RASA MCM MN????:

 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner