Friday, January 11, 2013

SITI NURHALIZA BERTUDUNG PENUH SAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN

Gambar terkini Datuk Siti Nurhaliza sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34. Apa yang menarik, jika sebelum ini Siti hanya bertudung ala Serkup, tetapi baru-baru ini beliau sudah kelihatan memakai tudung penuh .


“Sempena usia 34 tahun ini, saya ingin mengharapkan agar hari-hari yang saya lalui akan lebih baik dan mematangkan diri. Semoga mendapat kegembiraan, kebahagiaan dan ketenangan selalu.
“Saya juga berharap agar kita semua mendapat rahmat-Nya dan dilindungi-Nya selalu. Terima kasih di atas doa dan ingatan semua pihak terutama peminat yang sentiasa mendoakan. Saya menghargai semua ingatan yang diberikan dan berharap silaturahim ini akan berkekalan sampai bila-bila.
“Doa saya juga semoga suami akan sembuh seperti sedia kala. Itulah doa yang tidak putus daripada saya,” 



0 KORANG RASA MCM MN????:

 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner