Friday, August 10, 2012

Shila Hamzah mahu kekal bertudung









Shila Hamzah, yang kini popular dengan lagu Patah Seribu, mula mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal bertudung.


Ketika dihubungi Sinar Harian Online , Shila berkata, dia mula mengenakan tudung pada awal Ramadan, tetapi apabila terlibat dengan beberapa penggambaran atau persembahan, beliau akan buka semula.Hasrat beliau, 22, untuk kekal bertudung terlaksana selepas diajak kekasihnya, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama peminatnya.


“Pada hari Sabtu lepas, saya ada terlibat dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Farah Fauzana tetapi ketika sampai di tempat penggambaran, saya membuka tudung.


“Pada saat itu, saya mula merasakan ada sesuatu yang kurang dan saya merasa tidak selesa apabila mengenakan tudung hanya sekadar suka-suka sahaja.


“Pada sebelah petang pula, Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya.


“Selepas bersiap, saya terus mencapai tudung dan pakai," katanya sambil menambah,


"bermula pada saat itu, saya telah berazam untuk kekal bertudung sampai bila-bila.


"Shila juga menyatakan hasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri.


“Ayah saya selalu berpesan pada saya, hidup ini adalah satu perjalanan. Solat itu penting bagi seorang Islam dan pelbagai ujian yang saya akan tempoh.


“Saya ingin memperbaiki hubungan saya dengan manusia dan juga dengan ALLAH,” jelas penyanyi ini.


sumber:sinar harian

0 KORANG RASA MCM MN????:

 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner