Tuesday, June 26, 2012

12 perkara menarik mengenai Mia Sara







Berikut merupakan 12 perkara menarik mengenai Mia Sara


.1. Mia merupakan Penolong Ketua Darjah di sekolahnya. Sebagai pelakon yang dikenali, Mia selalu dikerumun pelajar lain serta guru sekolahnya.


2. Walaupun baru berumur 7 tahun, pelakon ini seorang yang berdikari dan pandai melipat baju sendiri.


3. Mia suka makan di restoran Tony Roma’s dan tempat membeli-belah kegemarannya ialah di The Curve.


4. Menurut bapa Mia, sekali keluar, mereka mesti habiskan beratus ringgit untuk Mia sahaja.


5. Benda paling mahal pernah dibeli oleh Mia hasil titik peluh lakonanannya ialah kereta Myvi dan iPhone 4.



6. Mia tidak takut dengan binatang di mana benda paling berani dia pernah lakukan ialah dengan memberi singa laut makan.


7. Pelakon ‘Cinta Buat Emelda’ ini mempunyai tiga ekor kucing.


8. Mia seorang yang tidak suka diganggu.


9. Tabiat buruk Mia ialah menggigit kuku.


10. Penyanyi serta pelakon idola Mia ialah Dato’ Siti Nurhaliza dan Lisa Surihani.


11. Selain berlakon, Mia juga seorang yang suka menyanyi di dalam tandas.


12. Disebabkan risau tentang keselamatan Mia, pihak sekolah membenarkan keluarga Mia menjemput Mia sehingga ke dalam sekolah untuk mengelak perkara tidak diingini seperti penculikan.


- gua.com.my

0 KORANG RASA MCM MN????:

 

*CERITA ANAK KAMPUNG*. Design By: SkinCorner